Tag: untuk RM78 sahaja

(SEMASA) U Mobile lancar pelan terbaik DAN MUDAH untuk telefon pintar, dengan data berkelajuan tinggi serta panggilan TANPA HAD setiap hari, untuk RM78 sahaja

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2017 – U Mobile telah melancarkan pelan pascabayar terbaru yang dinamakan Unlimited Hero P78 di pameran kreatifnya yang bergelar ‘Unlimited Ideas’ hari ini. Pelan terbaru ini merupakan satu lagi inisiatif syarikat telekomunikasi ini bagi membolehkan pelanggannya menikmati keterujaan masing-masing malalui telefon pintar mereka pada bila-bila masa, tanpa perlu memantau penggunaan data berkelajuan tinggi mereka kerana pelan ini datang dengan data tanpa had. Tambahan pula, pelanggan Unlimited Hero P78 tidak perlu bimbang akan masa perbualan mereka dengan orang tersayang atau sahabat karib, kerana panggilan ke semua rangkaian juga adalah tanpa had, menerusi servis Call-Onz™. Semua manfaat ini dapat dinikmati hanya untuk RM78 sahaja. Read more →