(SEMASA) U Mobile Menjadi Hos PESTA VIDEO-ONZ™ yang Membawa Tetamu MenerokaI DUNIA Rancangan TV, VIDEO dan ACARA SIARAN LANGSUNG

U Mobile - Picture 1

 

KUALA LUMPUR, 6 September 2016 – U Mobile Sdn Bhd, telco yang memiliki rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia telah meraikan gandingannya bersama  tiga (3) rakan kongsi baru Video-Onz™ iaitu Facebook, Netflix, dan Twitter  dengan mengadakan sebuah upacara pelancaran yang membawa tetamu menerokai dunia Rancangan TV, Video dan Acara Siaran Langsung.

U Mobile - Picture 2Dengan tema ‘Celebrate Originality’, upacara itu menonjolkan kandungan video asli  yang boleh dinikmati oleh pelanggan dengan tambahan Facebook, Netflix, dan Twitter kepada senarai rakan kongsi Video-Onz™.

Perkhidmatan Video-Onz™ U Mobile telah dilancarkan pada April 2016 dan membolehkan pelanggan menikmati penstriman video tanpa had, 24 jam setiap hari secara percuma tanpa menggunakan data mereka apabila menstrimkan kandungan video daripada mana-mana rakan kongsi Video-Onz™. Setakat ini, U Mobile mempunyai dua puluh satu (21) rakan kongsi untuk Video-Onz™.

U Mobile - Picture 3Nota untuk Editor:

Video-Onz™ U Mobile menawarkan data tanpa had secara percuma bagi perkhidmatan penstriman video untuk pelanggan yang berdaftar dengan pakej pelan Hero P98, i130, Ultimate Device Plan 130 dan MB 128. Bagi pelanggan-pelanggan pascabayar , prabayar  dan jalur lebar yang lain, mereka akan  mendapat data tambahan percuma untuk Video-Onz™.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *