(SUKAN) ADAM NORRODIN BAWA CABARAN BERSAMA TKKR RACING TEAM

Spread the love

TKKR Racing Team meneruskan cabaran membawa pelumba-pelumba Negara ke pentas antarabangsa dengan menandatangani Adam Norrodin bagi perlumbaan Asia Road Racing Championship (ARRC).

Beliau akan membawa cabaran OneXOX BMW TKKR Racing team dalam saingan Asian Superbike 1000 dikejohanan Asia Road Racing Championship (ARRC) yang bermula di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bulan Mac nanti.

“Adam yang berpengalaman disaingan kejuaraan Dunia Moto 2 dan Moto 3 serta kejuaraan Eropah (CEV) telah menarik minat kami untuk membawa cabaran yang cukup mencabar bagi tahun ini. Selepas 2 tahun perlumbaan ARRC tidak dapat diteruskan akibat pandemik Covid 19.”

“Kami telah membuat persiapan rapi serta penilaian yang teliti bagi mempertahankan kejuaraan keseluruhan untuk tahun ini. Dengan kemasukkan Adam, ia akan menguatkan lagi pasukan kami dalam saingan yang sudah semestinyasengit dan seterusnya mengibarkan bendera Malaysia dipentas podium antarabangsa” – ujar Prinsipal Pasukan, Encik Bobie Farid Shamsuddin

“Saya amat bersyukur kerana diberi peluang menyertai pasukan OneXOX BMW TKKR ini. Saya tahu bahawa mereka mempunyai gabungan yang kuat dan berpasangan pula dengan abang Azlan, tiada kata-kata yang boleh mengambarkan keseronokkan saya. Saya akan cuba yang terbaik supaya menjadi aset kepada pasukan ini. Saya telah berlatih bersungguh-sungguh dan saya berharap segala usaha saya akan menghasilkan keputusan yang baik untuk pasukan. Saya amat berbesarhati kepada Encik Bobie kerana memberikan kepercayaan ini kepada saya” jelas Adam Norrodin.

“Saya kerap berlatih dan juga saya sering menyertai perlumbaan supermoto untuk mempertajam refleks saya. Saya fikir Adam akan menjadi asset hebat kepada pasukan dan saya berharap dia boleh menjadi pemain sayap yang baik untuk saya (sambil bergurau). Saya akan cuba membimbingnya sebaik mungkin dan saya berharap dengan bekerjasama, kami dapat memberikan kejuaraan kepada pasukan sekali lagi tahun ini” Azlan Shah Kamaruzaman.

Adam Norrodin turut akan digandingkan dengan juara bertahan kategori ASB 1000 iaitu Azlan Shah Kamaruzaman. Bagi jentera untuk tahun ini, Azlan dan Adam akan menggunakan jentera baharu BMW S1000RR model tahun 2022. Sebenarnya, Azlan dan Adam pernah menjadi rakan sepasukan sewaktu mereka menyertai perlumbaan Sepang 8 Jam Endurance World Championship, dimana gandingan ini telah menamat cabaran di tangga ke lapan keseluruhan.

Gandingan baru dan lama ini memberi banyak kelebihan kepada pasukan dan semoga ia dapat diterjemahkan diatas litar nanti bersama jentera BMW S1000RR yang cukup menarik dan berkuasa.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *