(SUKAN) Skor impian berlatih bersama FAM menerusi MILO® All Star Challenge!

MILO® bakal merealisasikan impian bintang muda bola sepak dengan MILO® All Star Challenge. Peraduan bola sepak ini bukan sahaja mencungkil bakat terpendam generasi pelapis bola sepak tanah air, malah menawarkan peluang keemasan kepada mereka untuk menjalani program latihan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Peraduan ini seiring dengan usaha berterusan MILO® untuk menyediakan platform sukan yang mudah diakses kepada anak-anak muda di Malaysia bagi membudayakan gaya hidup bersukan. “Sebagai peneraju pembangunan sukan akar umbi, kami teruja menjalinkan kerjasama dengan FAM untuk membawakan MILO® All Star Challenge bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan generasi juara masa hadapan negara menerusi sukan. Kami berharap program ini dapat menonjolkan lebih ramai lagi bakat-bakat bola sepak baharu, seperti mana tradisi yang telah kami pelopori menerusi karnival futsal popular kami MILO® Hidup Bola selama ini yang telah melahirkan ramai pemain bola sepak kebangsaan,” kata Ng Su Yen, Eksekutif Perniagaan Pegawai – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Pencarian juara MILO® All Star Challenge di seluruh negara kini berlangsung dari 19 Julai hingga 15 September 2021. Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia dengan MyKad yang sah dalam dua kategori[1]: Kategori Bawah 16 (umur 7 – 16 tahun) dan Kategori Terbuka (umur 17 tahun ke atas).

Untuk menyertai peraduan, para peserta perlu mencabar diri dengan menunjukkan skil bola sepak terhebat mereka. Setiap penyertaan mesti terdiri daripada gabungan tiga Skil Mandatori (Menimbang, Menggelecek dan Menyepak) di mana setiap satunya harus disertakan satu Skil Penamat pilihan mereka (Hantaran Bola, Merentasi Halangan atau Menjaringkan Gol). Penyertaan mestilah dalam format video berdurasi tidak melebihi 60 saat yang dimuat naik ke akaun Instagram tulen, diset pada tatapan umum dengan tag @milo_malaysia dan #MiloAllStar.

Penyertaan terbaik akan dipilih untuk mara ke peringkat Grand Finale (dijadualkan pada Oktober buat masa ini) di mana lapan peserta teratas akan memenangi MILO®xFAM Ultimate Experience yang eksklusif. Mereka akan menjalani latihan boot camp bola sepak di kemudahan latihan FAM yang lengkap dengan akses penuh ke bilik persalinan pemain, serta sesi latihan bersama bintang-bintang FAM di bawah bimbingan jurulatih FAM.

Selain MILO®xFAM Ultimate Experience, pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, Playstation 5, trofi dan e-baucar bernilai RM100; manakala Pemenang Hadiah Kedua akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, satu set konsol permainan, trofi serta e-baucar bernilai RM100. Pemenang Hadiah Ketiga dan Keempat masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000, trofi dan e-baucar bernilai RM100.

Pendaftaran untuk MILO® All Star Challenge kini dibuka di laman web MILO®. Sertai sekarang dan dapatkan Kod Baucar Shopee bernilai RM5 yang boleh ditebus dengan pembelian minimum RM50. Promosi ini eksklusif untuk peserta MILO® All Star Challenge sahaja.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.milo.com.my/milo-all-star.

[1] Peserta bawah umur 18 tahun perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa sebelum menghantar penyertaan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *