Tag: Rasmi

(SUKAN) MENGIMBAU KEMBALI PERJALANAN PIALA DUNIA BERSAMA-SAMA ADIDAS & AL-IKHSAN SPORTS

Kuala Lumpur, 10 November 2022 – Sempena Piala Dunia Qatar akan datang; dan bagi meraikan Al-Rihla, inovasi terkini dalam sejarah bola perlawanan Tiga Jalur yang panjang – adidas mengalu-alukan para atlet dan peminat bola sepak untuk menerokai evolusi kejohanan itu di Jerayawara Bola Perlawanan Rasmi adidas bermula dari 10 hingga 20 November 2022 di Orange Concourse, Sunway Pyramid. Read more →

(SUKAN) Luno Bekerjasama dengan Malaysian Football League sebagai Rakan Pelaburan Kripto Rasmi

Kuala Lumpur, 16 Februari 2022 — Luno, bursa aset digital yang dikawal selia terkemuka di Malaysia, hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan Malaysian Football League (MFL), sebagai Rakan Pelaburan Kripto dan penaja bersama rasmi Liga Super Malaysia, liga bola sepak terulung negara, dan Piala Malaysia, kejohanan bola sepak tahunan paling berprestij. Perjanjian kerjasama selama setahun merangkumi pelbagai hak penjenamaan termasuk papan iklan di tepi padang, penggunaan logo kelab serta imej pemain, dan pengaktifan jenama di stadium. Kerjasama ini diumumkan di sebuah majlis yang dirasmikan oleh Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia, dan Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League. Read more →

(HIBURAN) PENCALONAN 10 TERATAS GOLDEN AWARDS 2014 SECARA RASMI DIUMUMKAN!

image004 (1)

Rancangan anugerah yang mengiktiraf bakat-bakat tempatan dan menyediakan ruang dan peluang buat industri hiburan Cina Malaysia untuk terus berkembang – Golden Awards – kini bakal kembali pada tahun ini. Malah pada sidang media khas yang berlangsung di The Royale Chulan Damansara Hotel pada 9 April itu, Saluran Ceria Anda, ntv7 telah mengumumkan 10 pencalonan teratas bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada tahun ini bagi merebut gelaran pemenang pada malam kemuncak anugerah itu yang bakal diadakan pada 20 September 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Read more →

(HIBURAN) Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin ASK 2013

ASK2013small

Keputusan rasmi senarai pemenang Anugerah Skrin ASK 2013 TV3. Malam kemuncak ASK 2013 kini berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam. Sebanyak 30 kategori dipertandingkan yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Majlis berprestij Anugerah Skrin 2013 yang bertemakan kaca diacarakan oleh Nad Zainal digandingkan bersama Awal Ashaari dan Faizal Ismail. Siaran langsung Anugerah Skrin 2013 turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada jam 9.00 malam. Tujuan Anugerah Skrin adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengeluar-pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan. Read more →