Petaling Jaya, 13 November 2015 – Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015), anugerah paling berprestij dekad ini telah menyaksikan kemenangan besar drama ‘Lorong Kecil Ke Syurga’ terbitan Aniq Communication Sdn Bhd yang menggondol lima anugerah utama iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik Drama (Raja Mukhriz), Lakon TV Terbaik (Joe Sidek), Penyunting Terbaik Drama (Akashdeep Singh), dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Raja Ilya) di samping meraikan Lelaki Harapan Dunia sebagai Filem Terbaik. Read more →
Tag: Anugerah Skrin
(HIBURAN) Saksikan Antara Drama Terbaik ASK 2014 Setiap Jumaat, Jam 1.30 Petang
Anugerah Skrin 2013 telah menyaksikan drama Mawar Putih Tanda Perpisahan merangkul trofi Drama Terbaik, Videografi Terbaik (Mohd Faizal bin Mohd Ali) dan Lakon TV Terbaik (Mazlan Manan) manakala drama Aku Bukan Malaikat pula berjaya merangkul trofi Pengarah Terbaik Drama (Eirma Fatima) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Datin Paduka Umie Aida).
(HIBURAN) Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin ASK 2013
Keputusan rasmi senarai pemenang Anugerah Skrin ASK 2013 TV3. Malam kemuncak ASK 2013 kini berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam. Sebanyak 30 kategori dipertandingkan yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Majlis berprestij Anugerah Skrin 2013 yang bertemakan kaca diacarakan oleh Nad Zainal digandingkan bersama Awal Ashaari dan Faizal Ismail. Siaran langsung Anugerah Skrin 2013 turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada jam 9.00 malam. Tujuan Anugerah Skrin adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengeluar-pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan. Read more →