Tag: Amir Nafis

(HIBURAN) ‘RAJA PLOT TWIST’ SYAFIQ YUSOF SEKALI LAGI MENGEJUTKAN PEMINAT MENERUSI FILEM AKSI THRILLER DI LUAR JANGKAAN

16 April 2024, Kuala Lumpur – Sheriff yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara merupakan sentuhan terbaru pengarah filem aksi box office nombor satu Malaysia, Polis Evo 3, iaitu Syafiq Yusof. Filem aksi thriller terbitan dua studio gergasi tanah air, Skop Productions dan Astro Shaw ini akan menemui penonton di pawagam Malaysia dan Singapura bermula 18 April. Read more →

(HIBURAN) KETAKSUBAN & PENYESATAN DALAM ‘TALBIS IBLIS’, FILEM SERAM ARAHAN KABIR BHATIA DI PAWAGAM 20 OKTOBER

Kuala Lumpur, 22 September 2022 –  Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia kembali dengan sentuhan terbaru menerusi filem genre seram Talbis Iblis, terbitan oleh gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia. Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek  di Far East Film Festival  Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21. Read more →

(HIBURAN) ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN DRAMA PREMIUM DIINSPIRASIKAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA, ‘ONE CENT THIEF’

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2022 – Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.  One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah  menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar. Read more →