Tag: astro

(HIBURAN) Soroti perjalanan dan cabaran 13 selebriti popular tanah air dalam dunia perniagaan

astro artis meniagasmall

Istimewa bulan Ogos ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru berjudul Selebriti Bizz yang bakal mengajak para penonton untuk menyusuri kehidupan seharian selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terlibat dalam bidang perniagaan. Program ini boleh ditonton menerusi saluran 104 pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula pada 27 Ogos 2013. Read more →

(SEMASA) Kempen Hari Merdeka Astro bertujuan untuk menyebarkan unsur positif dan kebahagiaan

Henry Tan, COO Astro and Astro Celebrities at the  Astro Celebrates Merdeka Launch

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, Astro membawakan yang terbaik menerusi kepelbagaian kandungan televisyen, online dan aktiviti menarik secara langsung bagi meningkatkan unsur positif dan kegembiraan. Aktiviti – aktiviti ini adalah kempen #gobeyond dan #UrMalaysianIsShowing dan juga pelancaran muzik video yang bertajuk “Excuse me Sir, your Malaysian is Showing’ Read more →

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Lawak Warna Astro 2013

WAN_5292gmoAnugerah Lawak Warna 2013 sudah pun menutup tirainya dan segala teka – teki telah terjawab apabila kesemua pemenang untuk 15 kategori  serta dua Anugerah Khas Juri diumumkan. Anugerah Lawak Warna 2013 yang buat pertama kalinya diadakan oleh pihak Astro untuk memartabatkan lagi karya-karya komedi selain menghargai penglibatan para pelawak dalam industri seni tanah air. Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi 15 kategori utama yany dipertandingkan : Read more →

(HIBURAN) ERA fm RAIKAN ULANGTAHUN YANG KE 15

IMG_0735

Tanggal 1 Ogos  titik bersejarah buat radio yang popular dengan tagline Muzik Hit Terbaik ini! Kerana, ERA fm pada tahun ini genap berusia 15 tahun! ERA fm, salah sebuah radio yang beroperasi di bawah payung Astro Radio, mencatat sejarah kerana menjadi stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Malayu sejak ditubuhkan pada 2008.  Terbukti, radio yang mempersembahkan pelbagai program menarik menepati citarasa pendengar masa kini, masih lagi menjadi pilihan masyarakat Malaysia berumur 18 hingga 34,  apabila dapat mengekalkan takhta mereka sebagai stesen radio nombor satu sehingga hari ini.  Bersempena bulan yang mulia ini, pelbagai acara menarik bakal di sampaikan khas oleh keluarga serta barisan penyampai – penyampai ERA fm bagi menyemarakkan lagi lebaran pada tahun ini. Read more →

(HIBURAN) Fear Factor Malaysia

fear fac musim 2

Astro Ria buka peluang orang ramai untuk berganding bahu dengan 16 selebriti tempatan dalam program Fear Factor Malaysia buat julung kali!

Berikutan kejayaan dan penerimaan positif program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria selaku Saluran Hiburan Melayu Utama meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia yang akan memulakan saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013. Read more →