Berikutan kejayaan siri televisyen Oh My English! yang menjadi perbualan ramai, kini rancangan ini maju selangkah lagi apabila tampil dengan telefilem khas berjudul Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November 2013, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135). Read more →
Tag: astro
(HIBURAN) Top 5 pencalonan penuh Anugerah Skrin 2013
Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) memecah tradisi apabila buat pertama kalinya membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori yang bertanding menerusi rancangan Debaran Anugerah Skrin 2013. Kemuncak acara itu bakal berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam , Selangor pada pukul 9 malam. Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Seperti tahun sebelumnya. Media Prima Berhad juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV AlHijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah berprestij ini. Read more →
(SEMASA) Antabax Persembahkan ‘Lat-Tali-Lat’, Rancangan Mainan Mempromosikan Semula Permainan Tradisional dan Pupuk Tabiat Kebersihan
‘Lat-Tali-Lat-Tali-Tam-Plom’ – masihkah anda ingat ungkapan yang biasa didengar pada zaman kanak-kanak anda? Malangnya, di zaman digital yang penuh dengan telefon pintar, tablet dan komputer riba serta permainan interaktifnya, kanak-kanak nampaknya semakin lupa akan permainan tradisional warisan budaya. Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif serta menyediakan perlindungan 24 jam terhadap 99.9% kuman, telah mengambil inisiatif bagi memperkenalkan semula permainan tradisional Malaysia kepada kanak-kanak menerusi satu rancangan realiti. Read more →
(HIBURAN) INFINITI CINTA bukti keserasian Zizan dan Kaka
Fenomena lagu “Bawaku Pergi” di dalam industri muzik tempatan telah membuktikan kolaborasi antara Zizan dan Kaka menjadi. Terbaru pasangan DUO ini sekali lagi bergandingan untuk lagu terbaru mereka yang berjudul ” Infiniti Cinta”. Sejak dilancarkan pada hujung bulan Jun lalu, lagu ini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berada di puncak carta dan menjadi siulan pendengar. Read more →
(SEMASA) 10 FINALIS BAKAL BERSAING UNTUK MEREBUT GELARAN RATU RANIA
Seiring dengan perkembangan industri seni tanahair yang semakin rancak membangun, pihak Astro Prima dengan kerjasama pihak penaja Safi Rania dengan berbesar hati membawakan sebuah program realiti terbaru untuk mencari ikon wanita moden masa kini khas untuk para penonton iaitu Ratu Rania yang bakal bersiaran pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam untuk dua episod yang pertama dan jam 9.30 malam untuk episod yang seterusnya bermula 4 September 2013 secara eksklusif di saluran 105. Read more →




