Bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang memiliki rangkaian perniagaan restoran PAPPARICH telah mengadakan majlis rumah terbuka bersama anak-anak anak yatim dan fakir miskin dari rumah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Seramai 30 kanak-kanak yang bertuah ini diraikan oleh pihak pengurusan dan kakitangan restoran PAPPARICH cawangan The Gardens , Mid Valley Kuala Lumpur. Mereka dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa restoran PAPPARICH dan dihiburkan dengan persembahan silap mata serta pemberian duit raya dan cenderahati dari pihak PAPPARICH. Di majlis ini juga pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang diwakili oleh CEO mereka Mr. Law Teng How turut sama menyumbangkan sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Read more →
Tag: bersama
(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa Bersama Ery Ma’arof & Pasaraya TLC
Bertempat di Pasaraya TLC , One Shamelin Shopping Mall telah berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama penyanyi Ery Ma’arof. Majlis yang mendapat tajaan pihak pasaraya besar TLC, K City Family Karaoke serta Aras Iriaz Entertainment ini turut sama menjemput para pelanggan bertuah serta anak-anak yatim dari rumah kebajikan Mary Setapak,Kuala Lumpur. Di majlis ini, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya majlis berbuka puasa bersama Ery Ma’arof dan artis naungan beliau iaitu Mazlan Hamzah serta diikuti dengan selingan acara nyanyian mereka berdua disamping acara cabutan bertuah hadiah-hadiah sumbangan Pasaraya TLC, K City Family Karaoke , Aras Iriaz Entertainment dan banyak lagi. Hadiah-hadiah disampaikan oleh pengurus besar pasaraya TLC iaitu Mr Stanley Yee dan pengurus pasaraya TLC One Shamelin Shopping Mall iaitu Ms Selina Mok serta dihadiri oleh Mr. Patrick Chan yang mewakili K City Family Karaoke . Read more →
(SEMASA) Air Tangan Ibu bersama PLANTA
‘Air Tangan Ibu’ merupakan segmen tajaan PLANTA di dalam program terbitan TV3 iaitu Wanita Hari Ini (WHI) yang bakal memaparkan 9 episod kemesraan anak dan ibu mereka atau ibu mertua mereka dalam perkongsian cerita dan resepi istimewa selebriti jemputan. Selain Ifa Raziah dan Anis Nabila, program ini juga bakal menjemput artis-artis lain antaranya ialah Tasha Shila dan Nabil bersama ibu mereka untuk berkongsi kegembiraan resepi-resepi berbuka dan bersahur. Read more →
(SUKAN) LARI BERSAMA LEBIH 80 SELEBRITI TERKENAL DI LARIAN AMAL FEEL GOOD RUN 2013!
Menyertai larian yang melibatkan ramai orang awam di pagi hari pastinya menyeronokkan tatkala semua orang berkongsi perasaan ceria dan detik gembira bersama keluarga mahupun sahabat handai. Malah di dalam larian sebegini juga anda boleh menemui rakan baru yang berkongsi minat yang sama. Larian amal Feel Good Run 2013 yang dijadualkan pada 7 Julai di Sri Pentas nanti pastinya merupakan medan pertemuan terbaik buat semua pelari untuk saling bergembira bersama kenalan baru atau rakan karib. Lebih menarik larian itu juga bakal menyaksikan para selebriti tempatan turut serta berlari bagi memeriahkan lagi acara yang dinanti-nantikan itu. Read more →
(SEMASA) KONSERT MALAM AMAL BERSAMA 3 DIVA
Malam Amal Bersama Tiga Diva melibatkan Datuk Sharifah Aini, Datuk Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid bakal menyaksikan ketiga-tiga penyanyi legenda itu beraksi buat pertama kali di atas pentas sama. Bersempena Hari Ibu, tiga biduanita negara ini akan membuat penampilan istimewa dengan menghiburkan ibu-ibu tunggal di majlis Malam Amal Bersama 3 Diva nanti. Majlis penghargaan untuk kaum ibu itu dianjurkan oleh Kaizen Asia seiring dengan pelancaran produk kosmetik keluaran Kaizen Cosmetics yang diberi nama ‘Anje’. Majlis itu akan berlangsung pada 12 Jun depan pada pukul 8 malam di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Read more →



