Tag: Wanita Hari Ini

(SEMASA) PENGAKUAN BANDUAN DI SEGMEN ‘MESEJ DARI PENJARA’ – KERJASAMA TV3 DAN JABATAN PENJARA MALAYSIA PECAH TRADISI SEJARAH PENYIARAN TV MALAYSIA

WHI - Mesei Dari Penjara

Wanita Hari Ini (WHI) merupakan program bual bicara yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang mengkhususkan topik-topik kaum hawa yang merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen. Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita di negara ini selepas 13 tahun program ini disiarkan. Read more →

(SEMASA) Air Tangan Ibu bersama PLANTA

IMG_7077‘Air Tangan Ibu’ merupakan segmen tajaan PLANTA di dalam program terbitan TV3 iaitu Wanita Hari Ini (WHI) yang bakal memaparkan 9 episod kemesraan anak dan ibu mereka atau ibu mertua mereka dalam perkongsian cerita dan resepi istimewa selebriti jemputan. Selain Ifa Raziah dan Anis Nabila, program ini juga bakal menjemput artis-artis lain antaranya ialah Tasha Shila dan Nabil bersama ibu mereka untuk berkongsi kegembiraan resepi-resepi berbuka dan bersahur. Read more →

(SEMASA) Wajah Baru Di Wanita Hari Ini (WHI) di TV3

Hos WHI dr kiri Nor Azzura Azizul Azman, Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nabihah Rosdi,Irin Putri & Hazrena Kassim

WHI PERKUKUH KONSEP DAN KETRAMPILAN

Program popular bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita di negara ini selepas 12 tahun ia disiarkan. Program bual bicara satu jam ini kini tampil dengan musim baru dengan memperkenalkan set yang lebih elegan, barisan pengacara yang baru serta memaparkan segmen-segmen seperti fesyen, kesihatan, isu-isu semasa, dari fail mahkamah, dan asam garam rumahtangga.

Read more →