Tag: Chew Kin Wah

(HIBURAN) ‘ABAH SAYA, UNCLE MIKE’ : KASIH SAYANG KELUARGA BUKAN SEKADAR PERTALIAN DARAH

26 Ogos 2025, Kuala Lumpur – ‘Abah Saya, Uncle Mike’, sebuah filem penuh emosi yang pasti mengundang air mata, mengangkat erti kasih sayang keluarga yang melangkaui pertalian darah. Berbeza dengan kisah kekeluargaan tipikal, filem ini menampilkan dinamika keluarga yang terbentuk daripada latar bangsa, agama dan budaya yang berbeza, sekali gus menjadikannya sebuah naskhah yang belum pernah diterokai dalam sinema tempatan. Inilah kisah tentang keluarga yang tidak lahir daripada ikatan darah, tetapi daripada kepercayaan, penerimaan dan kasih sayang tanpa syarat. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW DAN ETIKA SDN BHD RAIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MENERUSI KISAH BENAR ‘ABAH SAYA, UNCLE MIKE’

7 Januari 2025, Kuala Lumpur – Bersempena Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang akan bertembung buat pertama kali selepas tempoh 27 tahun, Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan filem terbaru mereka, Abah Saya, Uncle Mike. Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini meraikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia, menjadikannya satu karya bermakna dalam pertembungan perayaan yang jarang berlaku.  Kolaborasi ini mengangkat keindahan tradisi bersama dan kepelbagaian budaya serta hubungan kekeluargaan. Read more →

(HIBURAN) Filem KOLUMPO

KOLUMPO_TeaserPoster01-horz

Kuala Lumpur, atau lebih dikenali ramai sebagai KL atau Kolumpo, merupakan sebuah kota yang terdiri daripada kepelbagaian. Sekian lama, kota ini telahpun digambarkan dalam pelbagai gaya dan rupa menerusi layar perak. Kali ini, KL akan digambarkan dengan cukup berbeda menerusi perspektif 3 pembikin filem muda tempatan. Arahan Sheikh Munasar, Rozi izma dan Bront Palarae, filem ini bakal membawa para penonton menerusi kehidupan warga kota KL yang sering mencari harapan dan impian. Filem antologi ini merupakan gabungan hasil kerja tiga buah filem pendek yang terdiri daripada bahasa yang berbeda dengan setiap filem merangkumi durasi sepanjang 30 minit. Filem ini dibintangi oleh Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mona Maniam, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan disertai penampilan khas oleh Farid Kamil, Remy Ishak, Sarah Ali, Ho Yuhang, Dain Said, Chew Kin Wah, Kumaresan, Adibah Noor dan Bront Palarae. Read more →