(SEMASA) Da’i Ahmed & Da’i Azrin Meninggalkan Pentas Da’i

Spread the love

image006

Selepas enam minggu berentap, Da’i Ahmed dan Da’i Azrin terpaksa akur dengan keputusan muktamad juri tetap dan meninggalkan pentas Da’i manakala Da’i Hazman dan Da’i Syed terselamat daripada pusingan penyingkiran pada malam Ahad yang lepas.image009 (1)

Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 dicergaskan oleh Almas Beauty & Health… Penghulu Segala Produk, bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.

Fokus kepada golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah, Da’i Pendakwah Nusantara yang mempunyai 12 episod menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000, sebuah trofi dan pakej umrah untuk 2 orang sekaligus merangkul gelaran juara musim keempat ini.

Kesemua peserta Da’i telah tampil lengkap dengan persalinan serban dan jubah pada episod ketujuh Da’i Pendakwah Nusantara yang berlangsung pada 4 September 2016. Bertemakan “Sirah: Kisah dari Al-Quran”, Da’i Ahmed, Da’i Azrin, Da’i Hazman, Da’i Irfan, Da’i Nasrul, Da’i Niezal, Da’i Saiful, dan Da’i Syed telah berkongsi pelbagai kisah menarik seperti Dakwah Nabi Ibrahim, Ratu Balqis, Tentera Bergajah, Ashabul Khafi dan Qabil & Habil.

Pada awal program, Datuk Rosyam Nor selaku hos program terdahulu mengumumkan keputusan minggu lepas dimana Da’i Nasrul, Da’i Irfan dan Da’i Niezal telah mendahului rakan-rakan seperjuangan manakala Da’i Ahmed, Da’i Hazman, Da’i Azrin dan Da’i Syed pula merupakan peserta tercorot.

Persembahan pada malam Ahad yang lalu menyaksikan Da’i Irfan dan Da’i Syed menerima markah penuh daripada juri awam. Da’i Hazman pula diberi pujian kerana tazkirah yang disampaikan itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton malahan beliau telah memberikan ilmu kepada mereka yang menghayati kata-kata yang dituturkan.

Namun, sekali lagi Da’i Syed, Da’i Hazman, Da’i Azrin dan Da’i Ahmed diumumkan sebagai 4 peserta paling corot dimana Da’i Ahmed dan Da’i Azrin akhirnya tersingkir. Selain penilaian daripada panel juri tetap dan juri awam, para peserta juga menerima komen daripada tetamu nusantara dari Mesir iaitu Sheikh Mohamed Abdelaziz Mahmoud Ghonim.

Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9 berkata, “Persaingan kini semakin sengit di pentas Da’i dimana para peserta perlu lebih cekap dan kreatif dalam menyampaikan tazkirah masing-masing. Bagi mereka yang sudah tersingkir, kami berharap agar mereka meneruskan berdakwah kerana mencari ilmu merupakan kewajipan setiap manusia, ia tidak harus terhenti di situ sahaja.“

Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 menerima sambutan hebat dengan catatan rating lebih daripada 1.6 juta penonton dan mendapat perhatian daripada pelayar Malaysia apabila hashtag Da’iTV3 trending nombor Satu di laman sosial Twitter semasa siaran program tersebut.

Panel juri awam pada malam tersebut terdiri daripada pengasas Almas Beauty & Health, Datin Maziah, Zahiril Adzim, Ezaq (penyampai radio KoolFM), Da’i Tajdid, Raqib Majid, Heykal Hanafiah, Faezah Elai dan Nurfarahin Jamsari.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *