Tag: Datuk Rosyam Nor

(HIBURAN) MURAL GERGASI KELUANG MAN DIABADIKAN DI KLUANG JOHOR, JADI LOKASI IKONIK PENGGAMBARAN FILEM

Kluang, Johor, 7 September 2024 – Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filem iaitu di Kluang, Johor. Ia merupakan satu tanda penghargaan kepada Daerah Kluang, tempat kelahiran adiwira itu dalam versi filem, sekali gus menjadi salah satu tarikan terbaharu buat peminat. Mural ini juga bakal muncul di dalam filem live-action Keluang Man yang dinanti-nanti ramai. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW & WONDA COFFEE MENERUSKAN LEGASI MALAYSIA DENGAN MELANCARKAN MINUMAN,‘WONDA KOPI EDISI KLUANG’ & PERKENALKAN REKAAN BAHARU SUT IKONIK KELUANG MAN

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2024 – Saksikan gabungan dua jenama ikonik, Keluang Man dan Wonda Coffee bersatu dalam kolaborasi yang penuh mengujakan! Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee dengan bangganya melancarkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’. Kini boleh didapati di seluruh negara, kerjasama ini bukan sahaja meraikan rasa kaya yang digemari rakyat Malaysia tetapi turut memperkenalkan rekaan baharu sut ikonik Keluang Man bagi versi filem ‘live action’. Ini menandakan transformasi paling signifikan dalam sejarah watak tersebut apabila sut Keluang Man yang terbaharu itu menyaksikan perubahan dari sudut warna dan reka bentuk topeng. Read more →

(HIBURAN) X-CHANGE – ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

Kuala Lumpur, 3 Julai 2024 – Astro mempersembahkan ‘X-Change’, sebuah karya terbitan Astro Shaw  yang memaparkan kisah remaja yang terpaksa terlibat dalam perbuatan jenayah keluarganya.  Siri premium Astro Originals ini bakal bersiaran pada 12 Julai 2024, bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO, serta jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan jam 9.30 malam di Astro AEC (saluran 306). Read more →

(HIBURAN) FILEM KELUANG MAN MULA PENGGAMBARAN, ASTRO SHAW UMUM BARISAN PELAKON LAIN

Kuala Lumpur, 10 Jun 2024 – Filem aksi superhero ikonik Malaysia yang paling dinanti-nantikan, KELUANG MAN terbitan Astro Shaw telah memulakan penggambaran secara rasmi mulai 4 Mei lalu! Penggambaran dijalankan di sekitar Lembah Klang serta lokasi yang amat sinonim dengan animasi Keluang Man iaitu Kluang, Johor. Read more →

(HIBURAN) NAS MUAMMAR ZAR SUPERHERO IKONIK MALAYSIA, KELUANG MAN! TURUT DIBINTANGI REMY ISHAK, ANWAAR BEG MOGHAL & DATUK ROSYAM NOR

Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Teka-teki siapakah pelakon yang akan membawakan watak superhero ikonik Malaysia, KELUANG MAN akhirnya terjawab apabila bintang aksi, Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T dipilih untuk memegang peranan itu. Muncul di atas pentas majlis pelancaran dengan menanggalkan topeng KELUANG MAN, Nas bakal digandingkan dengan pelakon utama yang lain seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor. Selain itu, Astro Shaw turut mengumumkan rangka sesi penggambaran, sasaran tarikh tayangan, serta perancangan untuk produksi dan pemasaran bagi universe adiwira tempatan terbesar. Read more →