Tag: Intan Ladyana

(HIBURAN) ‘Dampak’ yang bakal memberi kesan

IMG_6409

‘Dampak’ menjadi tajuk filem terbaru lakonan pelakon-pelakon berkelas A di Malaysia antaranya Aaron Aziz, Farid Kamil, Juliana Evans, Intan Ladyana, Micheal Chin, Scha Al-Yahya, Yank Kassim, Cat Farish, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. ‘Dampak’ yang membawa maksud kesan di dalam Bahasa Indonesia memberikan maksud yang amat mendalam apabila dikaitkan dengan niat membalas dendam yang secara tidak langsung boleh memusnahkan hubungan kemanusian. Filem yang bergenre fiksyen grafik novel ini mengambil pendekatan cerita seakan akan ‘swordman story’ pada era 90an. Namun begitu pihak produksi dan pengarah memasukan 100% elemen tempatan di dalam filem ini. Bertempat di ibu pejabat pihak penerbit di Petaling Jaya tempoh hari, telah berlangsungnya majlis ramah mesra dan sesi penerangan kepada pihak-pihak pengamal media sosial dengan penerbit dan pengarah filem Dampak ini. Pihak media telah dipertontonkan dengan trailer 2 minit filem tersebut dan juga trailer disebalik tabir (behine the scene) filem Dampak. Filem aksi ini mendapat pujian pihak media kerana ia menampakkan kelainan dari filem-filem tempatan lain yang berada di pasaran. Filem ini menggunakan teknologi CGI yang minimum tetapi mempunyai 100 peratus babak aksi tanpa menggunakan ‘stunt double atau body double’ kecuali yang membabitkan aksi berlari Farid Kamil yang tidak mampu untuk melakukan aksi tersebut setelah beliau terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan pada lutut beliau. Read more →

(HIBURAN) Intan Ladyana, Bella Dally, Atikah Suhaime Terajui Dewi Lasak!

Barisan pelakon Dewi Lasak bersama pengarah, Pierre Andre dan wakil penerbit, David Teo

Jangan disangka wanita yang lemah lembut tidak mempunyai bakat mempertahankan diri! Walaupun Seri, Dewi dan Qistina mempunyai raut rupa paras yang cantik tetapi itu bukanlah tanda mereka lemah dan mudah dipergunakan. Tampil dengan elemen lasak dan romantik, drama bersiri terbaru, DEWI LASAK yang bakal menggantikan ‘Karlos’ menampilkan barisan pelakon popular seperti Intan Ladyana (Seri), Bella Dally (Dewi), Atikah Suhaime (Qistina), Azwan Kombos (Faiz), Bil Azali (Izani Badarudin), Niezam Zaidi (Akil Rahmad), Amran Ismail (Joshua Azmi), Lokman Ghani (Jiman), Along Ezendy (Tony) dan ramai lagi bermula 26 Jun ini, setiap hari Rabu jam 9.00 malam menerusi slot Aksi. Read more →

(HIBURAN) Filem Beraksi “Dampak” Memulakan Penayangannya 19hb September 2013

Dampak Poster 1cropsmall

Filem drama beraksi “Dampak” yang mendapat  liputan dan sambutan yang hebat dan meluas daripada media social, pada pertengahan  tahun lalu, apabila pelakon utamanya Aaron Aziz menyebarkan gambar gambar di sekitar pengambaran dan belakang takbir filem itu, di laman Twitter dan Facebook miliknya, kini telah pun siap produksinya dan sedang menantikan penayangannya di bulan September yang akan datang ini. Read more →

(HIBURAN) Filem ” Pada Suatu Cinta Dahulu “

IMG_6122Rasa tertekan Zainal dengan alam perkahwinannya yang sekarang ini, mengingatkan beliau kembali tentang memori silamnya. Pada 18 tahun yang lalu, ketika dia di alam persekolahan Zainal terkenal dengan kenakalannya ketika itu Zainal baru tingkatan 4. Waktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora. Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bos

Read more →

(HIBURAN) Filem HALIM MUNAN

Hashim Rejab kembali dengan sebuah lagi filem bergenre komedi seram yang berjudul “Halim Munan”.  Read more →