Filem Abnormal Buas yang bakal ditayangkan di seluruh negara pada 20 Jun ini mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ seolah-olah mereka terlepas dari belenggu kemanusiaan. Filem bergenre ‘thriller’ ini turut menyelitkan elemen fiksyen yang menambah lagi rasa kagum dan takjub penonton, membawa mereka ke alam realiti yang luar biasa. Tontonan yang dijangka akan mengujakan dan menarik perhatian ramai ini pasti akan menghantar gegaran getaran yang luar biasa kepada semua yang menontonnya. Read more →
Tag: Johan As’ari
(HIBURAN) Gandingan Nabil Ahmad dan Johan As’ari dalam Filem “BO-PENG”
Pencil Pictures And Records Sdn Bhd sekali lagi tampil buat kali ke-4 mempertaruhkan filem yang berjudul “ yang bakal ditayangkan pada hari cuti sekolah (22 Disember 2016). Filem bergenre komedi suspen ini memaparkan kisah dua sahabat baik; “Bo” dan “Peng” yang bekerja di sebuah restoran makanan segera iaitu Opiel Secrets Pizza. “Bo” dan “Peng” secara tidak sengaja terlibat dengan satu kes penculikan dan bagaimana mereka berjaya menyelesaikan kes itu dengan pelbagai rintangan serta peristiwa yang terjadi dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa penculikan tersebut.
“BO-PENG” menampilkan Johan As’ari, seorang pelakon yang tidak asing lagi dengan filem-filem yang pernah dilakonkan sebelum ini dan Nabil Ahmad, seorang pelakon dan pengacara yang hebat dan mempunyai perwatakan yang kelakar serta lawak jenaka beliau membuatkan penonton tidak pernah kering gusi. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Zulin Aziz, Soffi Jikan, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Wanna Ali, Kila Fairy, Juzzthin dan ramai lagi. Di samping itu, dengan penampilan pelakon yang berpengalaman seperti Ellie Suriaty dan Radhi Khalid menambahkan lagi kelucuan dengan lawak jenaka masing-masing.
Filem ini mendapat garapan daripada pengarah HelmiYusof yang sudah berpengalaman jauh dalam bidang pengarahan filem. Beliau yang dilihat begitu bijak menggabungkan unsur komedi dan pengalaman dalam menghasilkan sesebuah filem . Antara filem arahannya yang pernah mendapat tempat dihati penonton adalah “Bikers Kental” dan “Bikers Kental 2”
Filem yang telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.4 juta telah menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur. Di samping membuat penonton terhibur dan bergelak ketawa, filem ini sudah pastinya membawa mesej yang berguna yang mana dapat di ambil sebagai pengajaran kepada penonton. Apa yang baik boleh diteladani tetapi yang kurang baik perlu dijauhi. Diharapkan filem ini mendapat tempat dihati penonton sebagai sebuah filem yang digarap secara ringan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.
BO-PENG juga merupakan filem edaran Pencil Pictures And Records Sdn Bhd untuk mempromosikan filem ini keseluruh Negara. Dengan ini diharapkan dapat membuka jalan kepada filem ini supaya mendapat pendedahan sewajarnya kepada masyarakat umum terutamanya kepada peminat-peminat filem tempatan. Sokongan yang berterusan akan menjadi pembakar semangat kepada pihak produksi untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu demi meningkatkan lagi industri perfileman Negara kita.
“Jangan ketinggalan untuk menonton BO-PENG di pawagam yang berhampiran bermula pada 22 Disember 2016.”
SINOPSIS BOPENG
“Bo” dan “Peng” merupakan dua orang sahabat baik yang tinggal bersama dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sama iaitu Opiel Secret Pizza. “Peng” (Johan Asa’ri) yang terkenal dengan sikap peramah dan mesra setiap kali menjawabpanggilan yang dari pelanggan untuk membuat pesanan pizza; manakala“Bo” (Nabil Ahmad) terkenal dengan kepantasan dan kecekapannya menghantar pesanan pizza kepada pelanggan.
Suatuhari, “Peng” dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira Idora Senrose sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, Mira Idora Senrose telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan Mira Idora Senrose telah meminta bantuan“Peng” untuk menyelamatkannya. “Peng”mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira Idora Senrose untuk menyelamatkan diri namun panggilan akhirnya terputus dan “Peng” gagal menghubungi Mira Idora Senrose semula.
Di atas rasa perikemanusian, “Peng” telah meminta “Bo”menemaninyamembuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira Idora Senrose. Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira Idora Senrose.
Selepas beredar dari balai polis, mereka terus pulang ke Opiel Secret Pizza. “Peng” sekali lagi menerima panggilan dari Mira Idora Senrose yang mendakwa dirinya telah diculik dan dihumban kedalam sebuah but kereta. Mira Idora Senrose menangis ketakutan dan meminta “Peng” menyelamatkannya.
“Peng” cuba memberikan idea untuk Mira Idora Senrose menyelamatkan diri. Dengan berbekalkan pengetahuan yang diperolehinya dari novel-novel jenayah yang pernah dibacanya, “Peng” menyuruh Mira Idora Senrose membuka lampu brek dan menghulurkan tangan keluar dari but kereta.
Dalam masa yang sama, “Bo” telah menunjukkan video seseorang yang melambai-lambai tangan dari but sebuah kereta yang diperolehinya dari Instagram kepada “Peng” dan “Bo” yakin itu ialah Mira Idora Senrose. Sementara itu, pihak polis juga turut menerima video yang sama dan mengesyaki ia ada kaitan dengan kes penculikan Mira Idora Senrose.
Atas bantuan pihak polis, Mira Idora Senrose telah menuang cat kejalan raya bagi memudahkan lagi pihak polis menjejakinya. Tetapi malangnya, Based (Sofi Jikan) menyedari perkara itu selepas ditegur oleh seorang pemandu kereta lain mengenai cat yang tumpah dari kereta.
Apakah kejadian yang akan menimpa Mira Idora Senrose sementara “Bo”, “Peng” dan pihak polis akan sampai menyelamatkannya? Saksikan kesudahannya dalam“Bo-Peng” di seluruh pawagam di Malaysia bermula22 Disember 2016 ini.
(HIBURAN) Filem “JUVANA 3: Perhitungan Terakhir”
Setelah menemui penonton dalam dua filem terdahulu iaitu Juvana (2013) dan Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015), kali ini rantaian filem yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana tersebut tampil dengan sekuel terbaharu berjudul Juvana 3: Perhitungan Terakhir. Read more →
(HIBURAN) JUVANA 2: Apabila kehidupan ‘terperangkap dalam kebebasan’
Setelah filem Juvana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton dengan kutipan tiket sebanyak RM2.86 juta pada tahun 2013, filem berkenaan diteruskan lagi untuk sekuelnya yang kedua yang diberi judul Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan. Read more →
(HIBURAN) FILEM TOKAN
Filem TOKAN merupakan filem kedua keluaran Pensil Pictures Sdn. Bhd . Filem ini mendapat kerjasama pengedaran melalui MIG Pictures Sdn. Bhd. ini menampilkan pelakon-pelakon popular seperti Zizan Razak, Johan Asari, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan, Wan Hanafisu dan Liyana Jasmay. Filem aksi arahan Ghaz Abu Bakar akan memulakan tayangan di Malaysia pada 26 Disember 2013. Read more →