Tag: Nas T

(HIBURAN) NAS MUAMMAR ZAR SUPERHERO IKONIK MALAYSIA, KELUANG MAN! TURUT DIBINTANGI REMY ISHAK, ANWAAR BEG MOGHAL & DATUK ROSYAM NOR

Kuala Lumpur, 28 November 2023 – Teka-teki siapakah pelakon yang akan membawakan watak superhero ikonik Malaysia, KELUANG MAN akhirnya terjawab apabila bintang aksi, Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T dipilih untuk memegang peranan itu. Muncul di atas pentas majlis pelancaran dengan menanggalkan topeng KELUANG MAN, Nas bakal digandingkan dengan pelakon utama yang lain seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Datuk Rosyam Nor. Selain itu, Astro Shaw turut mengumumkan rangka sesi penggambaran, sasaran tarikh tayangan, serta perancangan untuk produksi dan pemasaran bagi universe adiwira tempatan terbesar. Read more →

(HIBURAN) ASTRO ORIGINALS MEMPERSEMBAHKAN ‘LIAR’, DRAMA ADAPTASI ANTARABANGSA DARIPADA CALON SIRI THRILLER TERBAIK DI BAFTA AWARDS

Kuala Lumpur, 15 Mac 2023 – Selepas kejayaan dan fenomena luar biasa drama premium High Council, Astro Originals mengukuhkan lagi jenamanya sebagai jenama terbaik dalam mempersembahkan konten berkualiti menerusi naskhah terbaru bertajuk LIAR, sebuah adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award. Read more →

(HIBURAN) ASTRO RIA LANCAR PROGRAM REALITI “AWAK KAT MANA”

SAM_7829

Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru yang menggabungkan konsep permainan dan diari kembara ke pelbagai destinasi menarik di serata Eropah iaitu Awak Kat Mana khusus buat tontonan seisi keluarga. Program 13 buah episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula 13 Ogos 2015 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123). Read more →

(HIBURAN) Fear Factor Malaysia

fear fac musim 2

Astro Ria buka peluang orang ramai untuk berganding bahu dengan 16 selebriti tempatan dalam program Fear Factor Malaysia buat julung kali!

Berikutan kejayaan dan penerimaan positif program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria selaku Saluran Hiburan Melayu Utama meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia yang akan memulakan saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013. Read more →