Pelakon terkemuka Korea yang terkenal sebagai wanita utama dalam drama Korea “My Love from the Star”, Jun Ji Hyun (juga dikenali sebagai Gianna Jun), duta terbaharu Hada Labo muncul di Shanghai baru-baru ini untuk menghadiri sidang media untuk Hada Labo Lotion. Jun Ji Hyun yang terkenal dengan kecantikan semulajadinya, amat padan dan sempurna untuk jenama penjagaan kulit Hada Labo yang berpegang teguh kepada falsafah “Sempurna X Ringkas”. Di dalam sidang media tersebut, Jun Ji Hyun berkongsi rahsia bagaimana untuk memiliki kulit yang cantik dan sihat. Read more →
Tag: KOREA
(HIBURAN) ANTARA CINTA DAN CITA-CITA DALAM DRAMA BERSIRI KOREA “SUNGKYUNKWAN SCANDAL”
Berita baik buat peminat drama bersiri Korea di ntv7, sebuah lagi judul baru Sungkyunkwan Scandal bakal menemui mereka bermula 23 Oktober (Rabu) ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah hari. Lebih mengujakan adalah drama bersiri itu merupakan pertama kalinya bersiaran di saluran tidak berbayar Malaysia dan tetap mengekalkan audio dalam versi Korea. Read more →
(HIBURAN) ” AUTUMN DI HATIKU ” DRAMA BERSIRI SULUNG DI WEB TONTON
Portal video nombor 1 di Malaysia, Tonton bakal menyiarkan sebuah drama bersiri sulung untuk tontonan secara global. Komedi romantik, AUTUMN DI HATIKU yang diinspirasi daripada fenomena K-Pop bakal ditayangkan bermula Rabu, 3hb Julai 2013 menerusi laman Tonton dengan dengan 3 episod harian bermula seawal 12 tengah hari. Merupakan antara drama bersiri di Tonton paling awal ditayangkan, AUTUMN DI HATIKU diarahkan oleh MJ Woo dan Edmund Yeo menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, pelakon utama Vanila Coklat Aiman Hakim dan ramai lagi. Read more →
(HIBURAN) I MISS YOU PENUH KONFLIK YANG MENDEBARKAN
Drama “I Miss You” menerusi slot Chamsarang TV9 telah mula ditayangkan pada 28 Januari lalu di TV9 bakal menemui pengakhirannya. Drama yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang Lee-Soo Yeon yang hidup dalam kesuraman semenjak kecil kerana disisihkan masyarakat. Perkenalannya dengan Han Jung-Woo seakan memberi sinar dalam hidupnya tetapi akibat peristiwa hitam ditinggalkan Jung-Woo sewaktu mereka diculik, Soo-Yeon hilang rasa percaya pada Jung-Woo. Pelbagai mainan emosi telah diterapkan di awal siri drama ini membuatkan ramai penonton ternanti-nanti apakah kesudahan drama ini yang dilakonkan oleh Park Yu-Chun, Yun Eun-Hye, Yoo Seung-Ho dan ramai lagi pelakon hebat. Read more →
(HIBURAN) “Around The World” bersama Mizz Nina
KUALA LUMPUR : 17 April – Mizz Nina akan mengadakan konsert pertama beliau iaitu ‘Around The World Concert’ pada 18 Mei 2013 bertempat di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur. Konsert yang berdurasi selama 1 jam ini bakal digegarkan dengan penampilan istimewa penyanyi Korea, Jay Park. Mizz Nina yang telah melakukan kolaborasi dengan penyanyi Korea, Jay Park dalam single terbarunya, Around The World itu bakal menampilkan penyanyi tersebut dalam konsert pertamanya dan ia disahkan sendiri oleh Mizz Nina semasa sidang media pada hari ini. Read more →





