Tag: MALAY WORLD CULTURAL PARADISE

(HIBURAN) NORANIZA IDRIS ANJURKAN FESTIVAL PERKAMPUNGAN BUDAYA MELAYU ‘MALAY WORLD CULTURAL PARADISE’ SEBAGAI AKTIVITI TARIKAN PELANCONGAN SECARA GLOBAL MENERUSI PLATFORM MEDIA SOSIAL

Festival Perkampungan Budaya Melayu ‘Malay World Cultural Paradise’ berhasrat untuk menjadi sebuah produk yang menjadi tarikan pelancongan pilihan nombor satu di Malaysia khasnya komuniti setempat seterusnya menjadi platform promosi aktiviti seni dan kebudayaan Melayu ke peringkat global. Justeru itu, menjadi produk pelancongan Malaysia yang akan mempamerkan seni dan budaya setempat kepada pelancong menerusi media sosial secara menyeluruh. Festival ini dianjurkan bagi membuka ruang kepada masyarakat untuk menghayati keunikan seni dan budaya Melayu khasnya menerusi tarian, nyanyian, pakaian, bahasa, makanan warisan, permainan rakyat di samping meningkatkan ekonomi di kalangan usahawan tempatan. Program ini adalah kesinambungan kempen #saveiramamalaysia yang diasaskan oleh Noraniza Idris. Read more →