Tag: Marlon VIP

(HIBURAN) PANIK – Rancangan Realiti Waktu Malam Pertama Di Malaysia

NTV7 memperkenalkan sebuah lagi rancangan realiti berkonsep baru iaitu PANIK. Rancangan permainan TV realiti malam pertama di Malaysia ini telah dirakamkan di beberapa lokasi misteri di mana artis-artis Malaysia yang terpilih menjadi pesertanya. Rancangan sebanyak enam episod itu merupakan sebuah idea baru yang diinspirasikan daripada program Seekers, Ghost Hunters, Fear Factor, Total Black Out dan Estate of Panic. PANIK menampilkan dua kumpulan di mana kumpulan A terdiri daripada Milea Aimilia, Ika Nabila, Juffri Rayyan William dan Ezany Nizariff manakala kumpulan B dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri. Rancangan yang dihoskan oleh Redzuan Hashim itu akan ditayangkan setiap Rabu bermula 2 Januari 2013 , jam 8.30 malam di ntv7, Saluran Ceria Anda. Read more →