Tag: Shakilla Khoriri

(SEMASA) TV9 #JANJIRAYA BERSAMA PENONTON DENGAN TAWARAN ISTIMEWA!

Petaling Jaya, 26 April 2022 – Menjelang Hari Raya Aidilfitri, TV9 dan ST Rosyam Mart dengan Seikhlas Hati menawarkan ayam segar berharga RM1.49 seekor* sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia TV9! (*tertakluk pada terma dan syarat). Read more →

(HIBURAN) KISAH IKTIBAR DARI ‘KIFARAH’

Kifarah 1

Kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras hendaklah melakukan suruhanNya dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta meninggalkan segala laranganNya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan manusia sama ada besar ataupun kecil akan dicatat dan tetap mendapat balasan daripada Allah SWT. Itulah mesej yang diselitkan di dalam drama siri terbaru ‘KIFARAH’ menerusi slot Zehra yang akan menggantikan drama ‘Menjinak Ombak’. Read more →

(HIBURAN) “Kerana Sarah” mengisi slot Azalea TV3

Drama Kerana Sarah (4)

“KERANA SARAH” DERITA SEORANG WANITA

Cinta pandangan pertama di antara Sarah dan Emran berakhir dengan perkahwinan walaupun ikatan itu tidak direstui oleh keluarga. Mampukah sebuah ikatan perkahwinan tanpa restu keluarga membawa kebahagian di kemudian hari? Menyusuli “Debunga Lalang”, sebuah lagi drama berjudul “Kerana Sarah” mengisi slot Azalea mulai 7 Februari 2013 yang lalu, dibintangi oleh Rita Rudaini, Lisdawati, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi, Shakilla Khoriri, Katie Azian dan ramai lagi. Drama siri 20 episod yang diterbitkan oleh Temenggung Pictures ini diarahkan oleh Murali Abdullah manakala skripnya ditulis oleh Haida Mazni. Read more →

(HIBURAN) PANIK – Rancangan Realiti Waktu Malam Pertama Di Malaysia

NTV7 memperkenalkan sebuah lagi rancangan realiti berkonsep baru iaitu PANIK. Rancangan permainan TV realiti malam pertama di Malaysia ini telah dirakamkan di beberapa lokasi misteri di mana artis-artis Malaysia yang terpilih menjadi pesertanya. Rancangan sebanyak enam episod itu merupakan sebuah idea baru yang diinspirasikan daripada program Seekers, Ghost Hunters, Fear Factor, Total Black Out dan Estate of Panic. PANIK menampilkan dua kumpulan di mana kumpulan A terdiri daripada Milea Aimilia, Ika Nabila, Juffri Rayyan William dan Ezany Nizariff manakala kumpulan B dibarisi pelakon Danny (X-Factor), Marlon (V.I.P), Anis Al-Idrus dan Shakila Khoriri. Rancangan yang dihoskan oleh Redzuan Hashim itu akan ditayangkan setiap Rabu bermula 2 Januari 2013 , jam 8.30 malam di ntv7, Saluran Ceria Anda. Read more →