Tag: MILO

(SUKAN) Skor impian berlatih bersama FAM menerusi MILO® All Star Challenge!

MILO® bakal merealisasikan impian bintang muda bola sepak dengan MILO® All Star Challenge. Peraduan bola sepak ini bukan sahaja mencungkil bakat terpendam generasi pelapis bola sepak tanah air, malah menawarkan peluang keemasan kepada mereka untuk menjalani program latihan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Read more →

(SEMASA) #SkuadKebaikanMILO menzahirkan tenaga komuniti meraikan Hari Raya Aidilfitri – 430 unit #ParcelKebaikan MILO® disumbangkan kepada tujuh pertubuhan kebajikan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri

Dari Selayang ke Kuching, komuniti yang memerlukan di seluruh tanah air telah menyambut kedatangan Syawal baru-baru ini dengan titipan #ParcelKebaikan (pek bantuan makanan), ehsan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia menerusi #SkuadKebaikanMILO sempena bulan Ramadan yang lalu. Read more →

(SEMASA) MILO® Membawakan Peraduan MILO® Hidup Bola dengan Ganjaran Bernilai Lebih RM550,000!

MILO® menyemarakkan lagi musim ‘demam’ bola sepak yang melanda seluruh tanah air dengan Peraduan MILO® Hidup Bola. Peraduan bertemakan bola sepak ini menawarkan hadiah lumayan berjumlah lebih RM550,000, termasuk Hadiah Utama yang merupakan sistem teater rumah serba lengkap termasuk Sony PlayStation 5 yang menjadi rebutan ramai. Read more →

(SEMASA) Titipan khas MILO® dan Al-Ikhsan Sports menyemarakkan tenaga 15,000 pelajar kembali ke sekolah dengan selamat

Kemeriahan suasana di sekolah-sekolah menengah kembali dirasai bermula awal April lalu setelah tamatnya perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran di rumah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan kedua. Pembukaan semula sekolah amat dinanti-nantikan khususnya oleh para pelajar Tingkatan 1 yang teruja untuk memulakan sesi persekolahan secara bersemuka dengan guru-guru dan rakan-rakan baharu, berikutan peralihan ke alam persekolahan menengah yang dialami secara dalam talian sebelum ini. Read more →

(SEMASA) MILO® Stik Pek X-Change: Menggalakkan pengumpulan semula stik pek MILO® terpakai sambil menyokong komuniti setempat

Langkah semudah memulangkan semula bungkusan stik pek MILO® terpakai mampu menyumbang ke arah mengurangkan sisa plastik. Justeru, inisiatif MILO® Stik Pek X-Change diperkenalkan untuk menyediakan platform untuk penggemar MILO®  memulangkan bungkusan stik pek dan ‘sachet’ MILO® terpakai bagi mengelakkan sisa plastik berakhir di tapak pelupusan serta saluran air. Read more →