Tag: MK

(SEMASA) JHDR RAYA BERSAMA SHOPEE  MENERUSI TV DENGAN HIBURAN SAMBIL MEMBELI BELAH

Jom Heboh Di Rumah (JDHR), kembali mewarnai kaca TV anda selama 2 hari bermula 4 hingga 5 Mei 2021 ini. Tahun ini JHDR bergabung dengan platform e-dagang terulung Asia Tenggara, Shopee! Kerjasama dinamik ini menjanjikan platform hiburan menarik buat anda sekeluarga di samping barisan selebriti terkenal tanah air, persembahan hiburan menarik, segmen gaya hidup selebriti dari memasak hingga fesyen dilengkapi dengan tawaran membeli-belah dengan harga berpatutan serta hadiah terbaik untuk seisi keluarga! Read more →

(HIBURAN) Joe Flizzow Turun Padang dengan Single Penuh Wawasan,”CIAO”, Menampilkan MK & Jay Park”

“Kita perlukan lagu antem untuk kehidupan seharian kita, ia sudah lama tidak kita miliki. This is the one“- Jika anda Joe Flizzow, setiap lagu adalah manifesto, totem kepada monumen. Joe Flizzow tidak pernah berhenti selepas mencapai kejayaan. Sepanjang tahun yang dilalui di takhta hip-hop Asia Tenggara, Joe telah gunakan untuk mempertajam naluri, pemikiran dan pena. Jadi ketika dia kembali ‘menyerang’, kesannya bergema dan taruhannya, tinggi, amat tinggi. Muncul “CIAO”, lagu pertamanya untuk tahun 2021 dan single utama dari album Johan yang bakal muncul tidak lama lagi keluaran melalui Def Jam Malaysia. Memanfaatkan makna perkataan bahasa Itali itu – “hello” dan “selamat tinggal” – Joe menggabungkan dua suara berwawasan lain dalam permaidani hip-hop Asia, MK dari Malaysia dan Jay Park dari Korea Selatan, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bencana di tahun 2020 dan bagi mengalukan permulaan baru 2021, dan meraikan semangat ‘hustle’ yang menggerakkan kehidupan seharian kita. Read more →

(HIBURAN) JOE FLIZZOW BIKIN VIDEO MUZIK DENGAN MK DAN JAY PARK?

Penyanyi Rap No. 1 Malaysia, Joe Flizzow hari ini memuat naik video-video pendek dalam story Instagram miliknya dengan memaparkan sekumpulan tenaga kerja produksi sedang bersiap untuk penggambaran. Menariknya di sebalik rakaman-rakaman pendek tersebut beliau turut memaparkan latar beberapa jentera mewah ‘supercar’ berkilat disinari lampu neon. Berbusana serba hitam dengan gaya ikonik rap tahun 90-an, Joe tampak cukup bergaya mengenakan but kuning Timberland dan pelitup kepala putih ‘durag’, macam gaya dulu-dulu! Read more →