Tag: MOSTI

(HIBURAN) Planet Kiara musim ke-2

IMG_3507Sekali lagi Pusat Sains Negara (PSN)dengan terbitan bersama Bleu Nagas Productions menampilkan drama Planet Kiara musim ke-2setelah mendapat sambutan yang agak  menggalakkan sepanjang tayangan musim pertama yang lepas. Projek ini adalah bersempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi National 2012 dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia (MOSTI). Planet  Kiara 2 akan memulakan tayangannya pada 12 Jun 2013 setiap Selasa hingga Khamis  bermula jam 6.30 hingga 7.00 di saluran TV3. Menggunakan pendekatan teknologi sains dalam menyelesaikan masalah harian di dalam drama ini, pihak produksi telah menggunakan khidmat nasihat sepenuhnya dari panel khas Pusat Sains Negara, UTM ICC dan profesor yang terpilih sebagai rujukan bagi kesahihan kes-kes sains di dalam setiap episod bagi melancarkan perjalanan penggambaran drama ini. Planet Kiara merupakan ilham dari Pengarah Pusat Sains Negara iaitu Prof Madya Dr Irmawati Ramli dan Pengarah Kreatif Bleu Nagas Productions Amy Mazurah serta hasil garapan sepenuhnya dari Pengarah filem Bada Hj Azmi yang tidak asing lagi dalam  industry pengarahan tanah air kita. Juga menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Faradhiya, Sharifah Sakinah, Firdaus Ghufran, Heela Monica, Hanif Safuan, Nur Jannah dan ramai lagi diharap Planet Kiara musim ke-2 ini akan menjadi salah satu rancangan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Dalam drama Planet Kiara, Robot PSN 1 telah digunakan sekali lagi untuk menyerikan perjalanan drama ini. Robot humanoid yang pertama di Malaysia ini adalah berbentuk seperti manusia yang dibawa terbang secara eksklusif dari Perancis khas untuk Planet Kiara. Robot ini menggunakan teknologi nuance untuk pengenalan suara dan system pemprosesan chip atom dengan kelajuan 1.5Ghz. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang drama ini, jangan lupa menonton musim  kedua Planet Kiara yang akan memulakan tanyangannya pada 12 June 2013 setiap selasa hingga khamis jam 6.30 petang di TV3. Read more →