Tag: musim ke 2

(SEMASA) DA’I MUSIM KE-2: PERJUANGAN PENDAKWAH MILENIA BERMULA

DEX_2421gmo

Seiring perkembangan teknologi yang lebih moden dan mudah, cara untuk menyampaikan dakwah secara berkesan perlulah mempunyai kepelbagaian dan pendekatan yang lebih mendekati jiwa agar dapat menarik minat masyarakat mendalami ajaran Islam terutamanya golongan muda.  Penerimaan memberangsangkan yang diterima daripada para penonton bagi musim pertama penganjuran program realiti keagamaan TV3, Da’i, yang memartabatkan status pendakwah muda diteruskan lagi untuk musim kedua. Read more →

(HIBURAN) “THE GLAMS GIRLS” juara Ceria Superstar musim ke 2

IMG_4514

Kembara perjalanan yang jauh dari Utara tanah air membuahkan hasil buat kumpulan “THE GLAMS GIRLS”  apabila dinobatkan sebagai juara Ceria Superstar musim ke 2 yang telah disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Kuala Lumpur. Kumpulan tarian cilik yang dianggotai oleh 5 anak kecil yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun ini terdiri daripada Puteri Nur Aliaa, Emisya Alias, Syarifah Nur Hayati, Nur Afriena Athirah dan Hazdiba Aziz ini telah merangkul hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dengan mengalahkan kumpulan ZEPPO YOUNGSTERZ CREW pada peringkat “battle” terakhir. Read more →

(HIBURAN) Planet Kiara musim ke-2

IMG_3507Sekali lagi Pusat Sains Negara (PSN)dengan terbitan bersama Bleu Nagas Productions menampilkan drama Planet Kiara musim ke-2setelah mendapat sambutan yang agak  menggalakkan sepanjang tayangan musim pertama yang lepas. Projek ini adalah bersempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi National 2012 dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Malaysia (MOSTI). Planet  Kiara 2 akan memulakan tayangannya pada 12 Jun 2013 setiap Selasa hingga Khamis  bermula jam 6.30 hingga 7.00 di saluran TV3. Menggunakan pendekatan teknologi sains dalam menyelesaikan masalah harian di dalam drama ini, pihak produksi telah menggunakan khidmat nasihat sepenuhnya dari panel khas Pusat Sains Negara, UTM ICC dan profesor yang terpilih sebagai rujukan bagi kesahihan kes-kes sains di dalam setiap episod bagi melancarkan perjalanan penggambaran drama ini. Planet Kiara merupakan ilham dari Pengarah Pusat Sains Negara iaitu Prof Madya Dr Irmawati Ramli dan Pengarah Kreatif Bleu Nagas Productions Amy Mazurah serta hasil garapan sepenuhnya dari Pengarah filem Bada Hj Azmi yang tidak asing lagi dalam  industry pengarahan tanah air kita. Juga menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Faradhiya, Sharifah Sakinah, Firdaus Ghufran, Heela Monica, Hanif Safuan, Nur Jannah dan ramai lagi diharap Planet Kiara musim ke-2 ini akan menjadi salah satu rancangan yang digemari oleh semua lapisan masyarakat. Dalam drama Planet Kiara, Robot PSN 1 telah digunakan sekali lagi untuk menyerikan perjalanan drama ini. Robot humanoid yang pertama di Malaysia ini adalah berbentuk seperti manusia yang dibawa terbang secara eksklusif dari Perancis khas untuk Planet Kiara. Robot ini menggunakan teknologi nuance untuk pengenalan suara dan system pemprosesan chip atom dengan kelajuan 1.5Ghz. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang drama ini, jangan lupa menonton musim  kedua Planet Kiara yang akan memulakan tanyangannya pada 12 June 2013 setiap selasa hingga khamis jam 6.30 petang di TV3. Read more →

(HIBURAN) Uchop Juara VOKAL Musim Ke 2

IMG_2395

26 Disember 2012 – Uchop (Mohmad Yusof Ahmad) telah menjuarai pertandingan VOKAL musim ke 2 dengan menewaskan seorang lagi peserta akhir iaitu Mar (Marlleynney Fane J.L Paul) sebentar tadi. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi. Pada pertandingan akhir ini, Uchop telah menyampaikan 5 buah lagu termasuk 1 lagu baru bertajuk “Jujurlah Padanya” ciptaan Yuzai.  Read more →