Tag: Nabil Ahmad

(HIBURAN) Gandingan Nabil Ahmad dan Johan As’ari dalam Filem “BO-PENG”

Pencil Pictures And Records Sdn Bhd sekali lagi tampil buat kali ke-4 mempertaruhkan filem yang berjudul “ yang bakal ditayangkan pada hari cuti sekolah (22 Disember 2016). Filem bergenre komedi suspen ini memaparkan kisah dua sahabat baik; “Bo” dan “Peng” yang bekerja di sebuah restoran makanan segera iaitu Opiel Secrets Pizza. “Bo” dan “Peng” secara tidak sengaja terlibat dengan satu kes penculikan dan bagaimana mereka berjaya  menyelesaikan kes itu dengan pelbagai rintangan serta peristiwa yang terjadi dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa penculikan tersebut.

“BO-PENG” menampilkan Johan As’ari, seorang pelakon yang tidak asing lagi dengan filem-filem yang pernah dilakonkan sebelum ini dan Nabil Ahmad, seorang pelakon dan pengacara yang hebat dan mempunyai perwatakan yang kelakar serta lawak jenaka beliau membuatkan penonton tidak pernah kering gusi.  Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Zulin Aziz, Soffi Jikan, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Wanna Ali, Kila Fairy, Juzzthin dan ramai lagi. Di samping itu, dengan penampilan pelakon yang berpengalaman seperti Ellie Suriaty dan Radhi Khalid menambahkan lagi kelucuan dengan lawak jenaka masing-masing.

Filem ini mendapat garapan daripada pengarah HelmiYusof yang sudah berpengalaman jauh dalam bidang pengarahan filem. Beliau yang dilihat begitu bijak menggabungkan unsur komedi dan pengalaman dalam menghasilkan sesebuah filem . Antara  filem arahannya yang pernah mendapat tempat dihati penonton adalah “Bikers Kental” dan “Bikers Kental 2”

Filem yang telah menelan kos perbelanjaan sebanyak RM1.4 juta telah menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur. Di samping membuat penonton terhibur dan bergelak ketawa, filem ini sudah pastinya membawa mesej yang berguna yang mana dapat di ambil sebagai pengajaran kepada penonton. Apa yang baik boleh diteladani tetapi yang kurang baik perlu dijauhi. Diharapkan filem ini mendapat tempat dihati penonton sebagai sebuah filem yang digarap secara ringan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.

BO-PENG juga merupakan filem edaran Pencil Pictures And Records Sdn Bhd untuk mempromosikan filem ini keseluruh Negara. Dengan ini diharapkan dapat membuka jalan kepada filem ini supaya mendapat pendedahan sewajarnya kepada masyarakat umum terutamanya kepada peminat-peminat filem tempatan. Sokongan yang berterusan akan menjadi pembakar semangat kepada pihak produksi untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu demi meningkatkan lagi industri perfileman Negara kita.

“Jangan ketinggalan untuk menonton BO-PENG di pawagam yang berhampiran bermula pada 22 Disember 2016.”

 

SINOPSIS BOPENG

“Bo” dan “Peng” merupakan dua orang sahabat baik yang tinggal bersama dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sama iaitu Opiel Secret Pizza. “Peng” (Johan Asa’ri) yang terkenal dengan sikap peramah dan mesra setiap kali menjawabpanggilan yang dari pelanggan untuk membuat pesanan pizza; manakala“Bo” (Nabil Ahmad) terkenal dengan kepantasan dan kecekapannya menghantar pesanan pizza kepada pelanggan.

Suatuhari, “Peng” dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira Idora Senrose sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, Mira Idora Senrose telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan Mira Idora Senrose telah meminta bantuan“Peng” untuk menyelamatkannya. “Peng”mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira Idora Senrose untuk menyelamatkan diri namun panggilan akhirnya terputus dan “Peng” gagal menghubungi Mira Idora Senrose semula.

Di atas rasa perikemanusian, “Peng” telah meminta “Bo”menemaninyamembuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira Idora Senrose. Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira Idora Senrose.

Selepas beredar dari balai polis, mereka terus pulang ke Opiel Secret Pizza. “Peng” sekali lagi menerima panggilan dari Mira Idora Senrose yang mendakwa dirinya telah diculik dan dihumban kedalam sebuah but kereta. Mira Idora Senrose menangis ketakutan dan meminta “Peng” menyelamatkannya.

“Peng” cuba memberikan idea untuk Mira Idora Senrose menyelamatkan diri. Dengan berbekalkan pengetahuan yang diperolehinya dari novel-novel jenayah yang pernah dibacanya, “Peng” menyuruh Mira  Idora Senrose membuka lampu brek dan menghulurkan tangan keluar dari but kereta.

Dalam masa yang sama, “Bo” telah menunjukkan  video seseorang yang melambai-lambai tangan dari  but sebuah kereta yang diperolehinya dari Instagram kepada “Peng” dan “Bo” yakin itu ialah Mira Idora Senrose. Sementara itu, pihak polis juga turut menerima video yang sama dan mengesyaki ia ada kaitan dengan kes penculikan Mira Idora Senrose.

Atas bantuan pihak polis, Mira Idora Senrose telah menuang cat kejalan raya bagi memudahkan lagi pihak polis menjejakinya. Tetapi malangnya, Based (Sofi Jikan) menyedari perkara itu selepas ditegur oleh seorang pemandu kereta lain mengenai cat yang tumpah dari kereta.

Apakah kejadian yang akan menimpa Mira Idora Senrose sementara “Bo”, “Peng” dan pihak polis akan sampai menyelamatkannya? Saksikan kesudahannya dalam“Bo-Peng” di seluruh pawagam di Malaysia bermula22 Disember 2016 ini.

(SEMASA) OH!! MERlAHNYA RAYA BERSAMA JAKEL SHAH ALAM

IMG_20160612_132332KUALA LUMPUR, II Jun 2016 – JAKEL Trading Sdn. Bhd. meneruskan lagi kempen Oh!! Meriahnya Raya yang kedua bagi sesi tahun 2016 di JAKEL Shah Alam. Sesi kali ini telah menampilkan selebriti duta raya JAKEL seperti Datuk AC Mizal, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya serta Upin Ipin kepada pengunjung bagi mempromosikan koleksi pakaian raya JAKEL 2016. Read more →

(SEMASA) OHH! MERIAHNYA RAYA BERSAMA JAKEL

KLC_8834editKUALA LUMPUR, 4 Jun 2016 – JAKEL Trading Sdn. Bhd. telah mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan dan mempromosi koleksi baju raya terbaru yang bakal berada di seluruh cawangan JAKEL seluruh Malaysia pada tahun ini. Read more →

(SEMASA) A STAR-STUDDED AFFAIR WITH SHELL V-POWER – Nabil Ahmad, Heliza Helmi, Farid Kamil and Diana Danielle excite contest winners with a private drive and dinner for two

Photo 3small

Imagine being rewarded a private dinner and drive with your favourite celebrity just by sharing some tips. This was made possible recently by Shell via its “Jalan-Jalan Balik Kampung Dengan Shell V-Power” campaign and contest, which aims to make the long balik kampung drive much more enjoyable with Shell V-Power – the formula for driving excitement. Despite the overwhelming response received during the month-long campaign, Shell was only able to select six winning entries. Read more →

(SEMASA) Kongsi petua balik kampung dengan artis-artis pujaan anda untuk menyeronokkan pengalaman balik kampung mereka dengan Shell V-Power!

 Picture 1

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Shell V-Power telah melancarkan satu pertandingan, “Jalan-Jalan Balik Kampung Dengan Shell V-Power” bertujuan untuk mempertingkatkan perjalanan balik kampung anda dengan Shell V-Power – satu formula yang memberikan prestasi yang menakjubkan. Read more →