Tag: NICO G

(HIBURAN) Rappers NICO kembali

IMG_5089

Trio Hip Hop yang pernah menggegarkan tanahair sepanjang 90an, kini kembali memeriahkan persada seni dengan single terbaru mereka Belia Perwira. Kumpulan yang dianggotai oleh Affa, Dino and Nico, mula dikenali ramai sekitar tahun 1993 dengan lagu hit mereka, Inilah Nasibku. Mahu dikenali sebagai NICO G buat kali ini, kumpulan ini ditubuhkan setelah menerima tawaran rakaman album pada tahun 1991 daripada BMG Music selepas mereka memenangi sebuah pertandingan rap battle. Mengetengahkan irama muzik jalanan (street beat), NICO G mempunyai 2 buah album yang dihasilkan antara tahun 1992-1995 oleh komposer terkenal, Boon Tan dan sebuah lagi album hasil bersama NICO G dan Norman Rahman pada tahun 1995. NICO G menjadi satu fenomena kegilaan remaja di zaman 90-an dengan lagu rancak seperti seperti Untukmu Sayang, Engkau dan Aku, Kaulah Gadisku, dan banyak lagi. Read more →