Tag: NTV7

(SEMASA) Himpunan ibu hamil TERBESAR anjuran ntv7 diiktiraf The Malaysia Book of Records

bby showersmall

Kuala Lumpur, 2 Jun – Saluran Ceria Anda, ntv7 hari ini mencipta sejarah apabila berjaya menganjurkan himpunan terbesar ibu-ibu hamil menerusi acara ‘Bella Bundle of Joy’ (BBOJ) yang bertujuan meraikan wanita yang bakal menimang cahaya mata. Malah percubaan itu juga berjaya dicatatkan di dalam The Malaysia Book of Records apabila seramai lebih daripada 125 orang wanita hamil menghadiri acara tersebut. Acara ‘baby shower’ ini sebenarnya diilhamkan daripada rancangan temubual wanita popular stesen televisyen itu, Bella. Read more →

(SEMASA) Media Prima Digital dan Samsung Lancarkan Tonton untuk Platform SMART TV

Aplikasi Tonton eksklusif di Samsung Smart TV

Peneraju dunia teknologi global, Samsung Malaysia Electronics dengan kerjasama Media Prima Digital kini melancarkan aplikasi TV Tonton untuk Samsung SMART TV. Media Prima Digital, kumpulan media digital nombor 1 di Malaysia di bawah Media Prima Berhad, konglomerat media terulung di Malaysia, memiliki dan bertanggungjawab ke atas operasi harian portal video tempatan nombor 1 di Malaysia, Tonton. Read more →

(HIBURAN) The PHAT FABES & BEN Show

IMG_1590

NTV7 dan FLY fm telah membawa rancangan radio The Phat Fabes & Ben Show ke layar televisyen. Rancangan temubual komedi dan aksi spontan ini akan memulakan siaran pada 22 Mei 2013, setiap hari Rabu, jam 9 malam di NTV7. Rancangan ini diterajui oleh penyampai radio popular di FLY fm iaitu Phat Fabes dan Ben disamping penampilan istimewa selebriti tempatan antaranya Nadhira, Altimet, Douglas Lim, Deborah Henry, Aishah Sinclair , Rina Omar, Hafiz Hatim, Nadine Ann Thomas dan ramai lagi.

Read more →

(SUKAN) Pendaftaran larian amal Feel Good Run 2013 ditutup dalam hanya 7.5 hari!

FGR 2013 LOGO2small

Sejarah terukir lagi tahun ini apabila pendaftaran bagi larian amal Feel Good Run ditutup dalam hanya 7.5 hari apabila seramai 5,000 pelari telah berjaya mendaftarkan diri mereka berbanding empat minggu pada tahun sebelumnya.

Ribuan pelari mendaftarkan diri mereka sejak hari pertama pendaftaran dibuka justeru membuktikan larian amal Feel Good Run yang memasuki tahun ketiganya diterima positif oleh rata-rata masyarakat yang inginkan gaya hidup sihat. Read more →

(HIBURAN) TANAH MERAH – MISTERI TRAGEDI DAN CINTA di NTV7

TM 001

Bermula 4 April ini, stesen Saluran Ceria Anda itu bakal menyiarkan sebuah drama bersiri Melayu urban berjudul Tanah Merah daripada penerbit tersohor, Kabir Bhatia setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7. Drama 13 episod itu membariskan pelakon muda berbakat, Aishah Hoo sebagai teraju utama serta barisan pelakon hebat lain seperti Wan Raja, Norman Hakim, Hakim Yazid, Nazeera Sardi, dan Zara Zya yang berkisar tentang misteri di sebalik sebuah tragedi dan cinta. Read more →