Tag: Norman Hakim

(SEMASA) Program “Pencarian Harta Karun” dan Jelajah Promosi Produk EPHYRA

IMG_4456gmo

Pada tanggal, 24 Mei 2014 yang lalu, pihak Galaksi Media Online (GMO) telah dibei peluang untuk mengikuti satu program  “Pencarian Harta Karun” dan Jelajah Promosi produk EPHYRA. Sebanyak 7 pasukan yang terdiri daripada campuran rakan-rakan media dan blogger mengikuti program tersebut. Program yang bermula di PUSPANITA, Putrajaya menyusuri kawasan sekitar laluan Putrajaya, Bangi serta KLIA2 Sepang dan berakhir di khemah promosi produk EPHYRA yang terletak di kawasan pesta karnival JOM HEBOH Putrajaya, bersempena dengan Festival Belia Putrajaya 2014. Read more →

(HIBURAN) KISAH IKTIBAR DARI ‘KIFARAH’

Kifarah 1

Kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran yang waras hendaklah melakukan suruhanNya dengan penuh keimanan dan keikhlasan serta meninggalkan segala laranganNya. Ingatlah bahawa setiap perbuatan manusia sama ada besar ataupun kecil akan dicatat dan tetap mendapat balasan daripada Allah SWT. Itulah mesej yang diselitkan di dalam drama siri terbaru ‘KIFARAH’ menerusi slot Zehra yang akan menggantikan drama ‘Menjinak Ombak’. Read more →

(HIBURAN) Fear Factor Malaysia

fear fac musim 2

Astro Ria buka peluang orang ramai untuk berganding bahu dengan 16 selebriti tempatan dalam program Fear Factor Malaysia buat julung kali!

Berikutan kejayaan dan penerimaan positif program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia yang ternyata berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri seni hiburan tanah air, pihak Astro Ria selaku Saluran Hiburan Melayu Utama meneruskan usaha dan komitmen dalam membekalkan kandungan program hiburan yang berkualiti dengan membawakan sebuah lagi program hebat di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Fear Factor Malaysia yang akan memulakan saringan pertama sesi uji bakat secara online bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013. Read more →

(HIBURAN) TANAH MERAH – MISTERI TRAGEDI DAN CINTA di NTV7

TM 001

Bermula 4 April ini, stesen Saluran Ceria Anda itu bakal menyiarkan sebuah drama bersiri Melayu urban berjudul Tanah Merah daripada penerbit tersohor, Kabir Bhatia setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7. Drama 13 episod itu membariskan pelakon muda berbakat, Aishah Hoo sebagai teraju utama serta barisan pelakon hebat lain seperti Wan Raja, Norman Hakim, Hakim Yazid, Nazeera Sardi, dan Zara Zya yang berkisar tentang misteri di sebalik sebuah tragedi dan cinta. Read more →

(HIBURAN) Komedi baru ‘Mak Lang Datang Kompang Bergendang’ di TV3

nabil lagi

CABARAN MAK LANG MENCARI CALON ISTERI “PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR”

Petaling Jaya, 11 Januari 2013 – Bila bercakap soal jodoh, ramai yang memilih untuk berusaha sendiri atau tentukan pasangan hidup sendiri. Namun, apabila si ibu yang sudah tidak sabar untuk mencarikan calon isteri untuk anaknya malah meletakkan syarat bahawa bakal menantunya haruslah dilengkapkan dengan ciri-ciri seorang ‘Perempuan Melayu Terakhir’, apakah yang akan terjadi nanti?

Menerusi slot Senda Pagi, saksikan drama bersiri komedi baru ‘Mak Lang Datang Kompang Bergendang’ yang sudah menemui para penonton TV3 mulai 7 Januari 2013, setiap hari Isnin jam 10.00 pagi. Drama bersiri 13 episod terbitan Pujangga Kreatif Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh M.Nazir Juhan (Jet Lee) dengan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Nabil Ahmad, Leez Rosli, Norman Hakim, Norseha, Wan Raja, Acong, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Read more →