Petaling Jaya, 16 November 2020 – Pelakon serba boleh, Zara Zya kembali dengan naskhah terbaharunya, ‘Beri Sedikit Waktu’ yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3 mulai 16 November 2020, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam. Digandingkan bersama Aqasha, saksikan lakonan mantap mereka berdua yang masing-masing membawa watak sebagai ibu tunggal yang terdesak memerlukan kewangan dengan lelaki yang merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder). Read more →
Tag: Zara Zya
(HIBURAN) ZARA ZYA BANGKIT MENCARI SINAR KEBAHAGIAAN
(HIBURAN) Sajian Program Menarik Menyemarakkan Sambutan Syawal di TV3 & TV9
“Syukur Selalu” merupakan kempen Ramadan & Raya yang sedang rancak berlangsung menerusi rangkaian televisyen Media Prima, TV3 & TV9 dan juga online portal Tonton. Selain program TV yang disediakan khas buat tontonan ramai, kempen ini turut dimeriahkan dengan dua Bazar Syukur Selalu di Temerloh, Pahang (27 Jun) dan Johor Bahru, Johor (4 Julai) serta kunjungan Skuad Syukur Selalu ke bazar – bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang. Read more →
(SEMASA) HABIB TRULY MALAYSIA DI SURIA KLCC MEMUKAU PENGUNJUNG LUAR DAN DALAM NEGARA
Malaysia adalah sebuah negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai pilihan makanan, pengembaraan dan keajaiban semula jadi, ia juga adalah salah sebuah syurga membeli-belah yang terkemuka di benua Asia. Bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, syarikat barang kemas tempatan terkemuka, HABIB, akan melancarkan pameran dan jualan bertemakan ‘HABIB Truly Malaysia’ yang akan berlangsung di Pusat Membeli Belah, Suria KLCC. Dengan kedatangan pelancong asing dan juga tempatan ke Suria KLCC, pameran tersebut menjadi lokasi yang ideal untuk acara pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ ini.
(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Meletop Era 2014
Malam kemuncak Anugerah Meletop kali pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan menobatkan Zizan Razak dan Zara Zya sebagai pemenang anugerah utama bagi kategori Anugerah Meletop ERA (Lelaki dan Wanita). Majlis yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil turut sama menyaksikan Zizan Razak mengungguli senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2013 dengan 4 kategori termasuklah kategori Anugerah To-Top Meletop (Lelaki) 2013. Selain Zizan, Hafiz Suip, Nabil dan Zara Zya antara calon yang memenangi lebih dari satu anugerah. Sebanyak 17 kategori undian dipertandingkan pada malam Anugerah Meletop Era 2014. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya bermula pada pukul 9.30 malam. AME diacarakan oleh gandingan Dato’ AC Mizal bersama Neelofa dan Nabil Ahmad. Read more →
(HIBURAN) TANAH MERAH – MISTERI TRAGEDI DAN CINTA di NTV7
Bermula 4 April ini, stesen Saluran Ceria Anda itu bakal menyiarkan sebuah drama bersiri Melayu urban berjudul Tanah Merah daripada penerbit tersohor, Kabir Bhatia setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7. Drama 13 episod itu membariskan pelakon muda berbakat, Aishah Hoo sebagai teraju utama serta barisan pelakon hebat lain seperti Wan Raja, Norman Hakim, Hakim Yazid, Nazeera Sardi, dan Zara Zya yang berkisar tentang misteri di sebalik sebuah tragedi dan cinta. Read more →