Bermula 4 April ini, stesen Saluran Ceria Anda itu bakal menyiarkan sebuah drama bersiri Melayu urban berjudul Tanah Merah daripada penerbit tersohor, Kabir Bhatia setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7. Drama 13 episod itu membariskan pelakon muda berbakat, Aishah Hoo sebagai teraju utama serta barisan pelakon hebat lain seperti Wan Raja, Norman Hakim, Hakim Yazid, Nazeera Sardi, dan Zara Zya yang berkisar tentang misteri di sebalik sebuah tragedi dan cinta. Read more →
Tag: NTV7
(SEMASA) Hans Isaac & Mizz Nina di malam kemuncak Bella Awards 2013
Penyanyi terkenal Mizz Nina kini diumumkan secara rasmi sebagai artis yang bakal membuat persembahan pembuka di anugerah berprestij yang bakal meraikan golongan wanita – Bella Awards – pada 2 Mac 2013 secara langsung dari Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur. Read more →
(SEMASA) BELLA AWARDS 2013: ANUGERAH UNTUK PILIHAN ORANG RAMAI
Undi calon kegemaran anda di rancangan anugerah wanita pertama di Malaysia
Pelbagai perkara yang harus dinantikan di rancangan anugerah wanita pertama Malaysia – Bella Awards – yang bakal berlangsung kurang dari tempoh sebulan. Lebih menarik apabila empat kategori tambahan bakal ditentukan melalui pengundian pilihan orang ramai baru diumumkan bulan lalu yang memberikan peluang kepada anda untuk memilih calon kegemaran anda sendiri. Read more →
(SEMASA) BELLA OFFICIAL CORRESPONDENT: undi pilihan anda!
Top 6 (dari kiri) – Ashley Chan, Nadia Alisya Norzudhy, Isooda Ajdari, Marlisa Halidi, Brittany Victoria Cahill,& Nabilah Huda Bt Malek
Hanya seorang gadis berbakat dan bertuah sahaja yang bakal dipilih ntv7 menerusi pencarian “Bella Official Correspondent” dan mereka bakal berkongsi tumpuan lensa media dan orang ramai bersama selebriti-selebriti glamor, tokoh-tokoh wanita terkenal negara dan calon-calon finalis hebat di malam kemuncak Bella Awards 2013. Lebih penting adalah mereka akan menggalas tugas penting dalam mengacarakan acara karpet merah secara langsung seawal 8.30 malam di ntv7. Read more →
(HIBURAN) KERENAH DUA IBU MERTUA DALAM ” IN LAWS “
Masalah campur tangan keluarga dalam rumah tangga pasangan muda
Dalam melayari bahtera perkahwinan semestinya sepasang suami isteri bakal dilanda dengan pelbagai cabaran dan masalah. Apatah lagi jika berkahwin dalam usia mentah. Terbaru, ntv7 membawakan sebuah drama bersiri Cina tempatan berjudul In Laws yang bakal mengetengahkan masalah yang dihadapi pasangan muda akibat campur tangan kedua-dua belah ibu mertua mereka. In Laws yang bakal bersiaran bermula 20 Februari pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 9.30 malam hingga 10.30 malam pastinya bakal memberikan jalan cerita yang menarik dan lucu buat penonton ntv7. Read more →