Tag: Permainan

(SEMASA) Media Prima Labs Lancar Permainan Mudah Alih J Revolusi – Permainan 3D ‘First Person Shooter’ Berdasarkan Filem Yang Pertama di Malaysia Pamer Grafik Menarik

Kuala Lumpur, 17 Januari 2017 –  Media Prima Digital menerusi cabang digitalnya, Media Prima Labs sekali lagi berazam mahu mencetuskan fenomena tersendiri dalam pasaran permainan tempatan menerusi pelancaran aplikasi permainan mudah alih terbaru, J Revolusi. Kita telah melihat beberapa permainan dengan konsep tembak-menembak di Malaysia tetapi Media Prima Labs kali ini menawarkan pengalaman permainan ‘First Person Shooter’ dengan latar 3D yang canggih serta Misi Operasi Khas. Permainan J Revolusi penuh dengan aksi di mana ia merupakan permainan ‘FPS’ pertama di Malaysia yang diilhamkan berdasarkan filem. Pemain boleh memilih di antara karakter Eddie atau Jay yang bertugas di dalam Skuad Khas Elit Malaysia. Permainan mudah alih J Revolusi menterjemah ceritera filem J Revolusi ke dalam sebuah dunia yang penuh interaktif di mana para pemain berpeluang merasai sendiri pengalaman berada dalam skuad elit tersebut. Filem J Revolusi yang menjadi inspirasi permainan ini pula akan menemui penonton di seluruh pawagam tanahair 2 Mac 2017 ini. Read more →

(SEMASA) Antabax Persembahkan ‘Lat-Tali-Lat’, Rancangan Mainan Mempromosikan Semula Permainan Tradisional dan Pupuk Tabiat Kebersihan

IMG_0168

‘Lat-Tali-Lat-Tali-Tam-Plom’ – masihkah anda ingat ungkapan yang biasa didengar pada zaman kanak-kanak anda? Malangnya, di zaman digital yang penuh dengan telefon pintar, tablet dan komputer riba serta permainan interaktifnya, kanak-kanak nampaknya semakin lupa akan permainan tradisional warisan budaya. Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif serta menyediakan perlindungan 24 jam terhadap 99.9% kuman, telah mengambil inisiatif bagi memperkenalkan semula permainan tradisional Malaysia kepada kanak-kanak menerusi satu rancangan realiti. Read more →