Tag: Separuh Akhir

(HIBURAN) SIARAN LANGSUNG MUZIK MUZIK 36 SEPARUH AKHIR  PADA 31 DISEMBER 2021 & 1 JANUARI 2022!

Petaling Jaya, 30 Disember 2021  –  Spekulasi dan teka teki lagu manakah yang bakal berentap di AJL 36 bakal terjawab pada 1 Januari 2022 selepas kelangsungan pusingan separuh akhir untuk program Muzik Muzik 36 nanti. 30 buah lagu akan bersaing di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 secara siaran langsung dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam.  Read more →

(HIBURAN) DEBARAN PENGUMUMAN 10 LAGU KEDUA YANG BAKAL BERENTAP DI SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 36 

Petaling Jaya, 28 November 2021 – Muzik Muzik, sebuah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia bakal memulakan pusingan separuh akhir untuk edisi yang ke 36 pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir.  Read more →

(HIBURAN) ‘DRAMA’ LAGU TERBAIK MINGGU PERTAMA SFMM34!

SHAH ALAM 15 NOVEMBER 2019. Drama Band menjuarai lagu terbaik pada Separuh Akhir pertama Muzik- Muzik 34 di Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. NSTP/SADDAM YUSOFF

Petaling Jaya, 18 November 2019 – Minggu pertama Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34) telah pun berlangsung Jumaat lepas, di mana lagu ciptaan Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib dan Ammar Habir yang berjudul Drama dinobat sebagai lagu terbaik. Namun, ini tidak bermakna lagu nyanyian kumpulan Drama Band ini sudah layak untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). 12 buah lagu yang berjaya untuk mara ke AJL34 hanya akan diumumkan di minggu terakhir SFMM34. Read more →

(HIBURAN) “SEPARUH MATI KU BERCINTA” LAGU TERBAIK SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 32 MINGGU KEDUA

PETALING JAYA, 6 NOVEMBER 2017 – Bagaikan dipukau dengan vokal mempersona, lagu nyanyian Dayang Nurfaizah, Separuh Mati Ku Bercinta mengungguli minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) malam tadi. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai itu dipilih oleh juri professional iaitu  AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri. Namun, tidak semestinya lagu itu akan terus layak ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL 32) kerana masih berbaki 10 buah lagu yang bakal berentap di minggu terakhir dan keputusan hanya akan diumumkan pada 12 November ini. Read more →

(HIBURAN) Separuh Akhir Muzik-Muzik 2015

image004

Separuh akhir program Muzik-Muzik yang akan bermula pada 22 November ini. Sebanyak 12 lagu akan dipilih ke Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) menerusi tiga persembahan peringkat separuh akhir yang akan bermula pada 22 November, 29 November dan 6 Disember di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Read more →