Tag: Separuh Akhir

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang : Tiada Penyingkiran Di Separuh Akhir Ke-2

Kelima-lima anak didik mara ke separuh akhir ketiga setelah tiada penyingkiran pada minggu lalu

Program realiti Bintang Mencari Bintang melakukan kelainan apabila tidak ada penyingkiran berlaku di akhir program konsert separuh akhir kedua semalam. Sementara itu, anak didik Afdlin Shauki, Bochik mempamerkan persembahan bertenaga seterusnya memikat juri profesional, undian SMS dan juri awam dengan mendahului markah keseluruhan tertinggi 68 markah. Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam, BMB membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian. Read more →

(HIBURAN) Vokal 2 – Yus & Uchop Sertai Nadeera dan Mar Ke Pusingan Separuh Akhir

Shah Alam, 13 Disember 2012 –  Minggu lalu menyaksikan Nadeera dan Mar melangkah maju ke pusingan seterusnya. Nampaknya kini tumpuan semua akan beralih pula kepada empat finalis lelaki yang terdiri daripada Yus, Abang, Uchop dan Adli berusaha keras untuk memastikan mereka bukanlah finalis yang bakal menduduki tangga paling bawah sekaligus menamatkan perjuangan di pentas VOKAL 2. Namun hanya dua finalis lelaki yang berjaya meraih markah dan undian yang tinggi daripada para juri dan peminat dapat melayakkan diri untuk menyertai Nadeera dan Mar ke pusingan separuh akhir. Read more →

(HIBURAN) Nadeera & Mar Berjaya Ke Pusingan Separuh Akhir VOKAL 2

SELAMAT TINGGAL BELLA & FATIN 

Shah Alam, 6 Disember 2012 – Selepas hampir 2 bulan bertarung di pentas VOKAL 2, akhirnya Bella dan Fatin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan seperjuangannya, Nadeera dan Mar.  Konsert mingguan VOKAL 2 yang berlangsung pada hari Rabu yang lalu menyaksikan 4 finalis wanita, Nadeera, Mar, Bella dan Fatin berentap untuk merebut tiket ke pusingan separuh akhir. Read more →

(HIBURAN) Separuh Akhir Muzik – Muzik Minggu 1

11 November 2012 – berlangsungnya Separuh Akhir Pertama Muzik – Muzik. Sejumlah 11 lagu diperdengarkan oleh barisan-barisan artis seperti Cerita Dia (Drama band), Aku Suka Dia (Ainan Tasneem), Watak (hafiz), Aku Datang (Tomok), Idola (Azlan & The Typewriter), Pelangi Senja (Stacy), Jerrypah (Aizat), Majnum (Hazama), Pencinta Terbaik (Sofaz), Kasanova (Stacy) dan Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar).

kredit foto : Rubiq Radi Mohamad Read more →