Penyandang JUARA MISS WORLD MALAYSIA 2008/2009 yang juga pemilik nama Soo Wincci semakin ligat mengorak langkah permainan dalam arena muzik di tanah air. Siapa sangka gadis yang memiliki seraut wajah bujur sireh ini kini mampu menarik perhatian ramai peminat berbangsa Melayu. Setelah memenangi gelaran MISS WORLD MALAYSIA 2008/2009, Wincci mula menjinakkan diri dalam bidang muzik dan industri seni tempatan. Wincci mendapat pendidikan: Read more →
Tag: Soo Wincci
(HIBURAN) Soo Wincci menghargai kesetiaan Winccists
(HIBURAN) SOO WINCCI belanja besar….
Soo Wincci telah mengorak langkah dalam mempromosikan single kedua beliau ‘ Musim Asmara’ dengan penghasilan video muzik terbaru. Lagu ciptaan komposer terkenal Ajai bersama Soo Wincci dan liriknya ditulis oleh Slen ini bakal dimuatkan dalam album mini beliau yang bakal berada dipasaran pada hujung tahun ini. Menggunakan khidmat pengarah Abhilash Chandra dan Akim Ahmad sebagai pelakon undangan di dalam video muzik beliau. Ditanya mengenai penglibatan Akim di dalam video muzik tersebut, Soo Wincci menjelaskan bahawa, Akim memiliki pakej yang cukup sebagai gandingan beliau di dalam video muzik tersebut. Read more →
(SUKAN) Feel Good Run 2013
Saluran Ceria Anda, ntv7 hari ini meraikan ulang tahun ke 15-nya di larian amal – Feel Good Run 2013 – yang merupakan kali ketiga dianjurkan stesen TV itu dengan seramai 5,700 pelari membanjiri Sri Pentas, Bandar Utama seawal 5.30 pagi. Acara yang merupakan larian terbesar di Bandar Utama itu turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut melepaskan para peserta buat tiga kategori larian 15KM, 7KM dan 2.3KM. Turut hadir mengiringi beliau adalah para pengurusan tertinggi Media Prima Berhad – Encik Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV), Datuk Kamal Khalid (Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan), Shareen Ooi (Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Media Prima), Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio dan Ketua Pegawai Strategi, Rangkaian TV), Airin Zainul (Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV), Sofwan Mahmood (Pengurus Besar Kumpulan, Operasi Berita, Rangkaian TV dan Radio) dan Dorothy Empam (Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan). Read more →
(HIBURAN) ‘Sindiket’ filem ke-11 taruhan Bade
Kuala Lumpur, 30 Mei 2013: ‘Sindiket’, filem ke-11 taruhan sutradara, Bade Haji Azmi, bakal membawa penonton dan penggemar filem tempatan menyelami kehidupan gelap dinamakan ‘Human Trafficking’ atau ‘Pemerdagangan Manusia’ yang berlaku setiap detik dan masa di sekeliling kita namun pergerakannya sukar dihidu.
Diterbitkan sebuah syarikat produksi baru, Loyal Studios Sdn Bhd, idea menghasilkan filem bergenre aksi ini tercetus sejak tujuh tahun lalu, semasa Bade terbabit dalam penggambaran filem, Maut. Read more →