(HIBURAN) MANIFESTO Juara Versus Musim Ke 2

Spread the love

IMG_3261MANIFESTO yang merupakan gabungan vokalis TOMOK bersama kumpulan band indie MODREAD yang merupakan band projek telah menjadi juara konfrontasi terakhir VERSUS musim ke 2. Kumpulan ini menewaskan KYOTO PROTOCOL  pada “battle” terakhir dengan mendapat undian SMS tertinggi. MANIFESTO yang membawakan lagu battle daripada kumpulan rock otai XPDC yang bertajuk “Titian Perjalanan” merangkul hadiah wang tunai yang lumayan berjumlah RM200 ribu dengan menewaskan KYOTO PROTOCOL yang membawakan lagu C.I.N.T.A di pusingan battle terakhir dan juga 3 band lain iaitu KRISTAL, ESTRANGED dan OH CHENTAKU di peringkat awal. Setelah bertungkus lumus hampir 8 minggu, kelima-lima band ini buat kali terakhirnya membuat perhintungan dengan menyampaikan 2 jenis lagu iaitu MASH-UP (gabungan 2 lagu pilihan sendiri dan juri) serta LAGU BARU. Peminat-peminat VERSUS di Space U8 Shah Alam dihiburkan dengan 10 lagu iaitu Chill Brader dan Aku Cinta Padamu +Belaian Jiwa (ESTRANGED), Persoalan dan Awas + Peronda Jaket Biru (KRISTAL), Jelita dan Tiada Lagi Kidungmu + Rindu (KYOTO PROTOCOL) , Manifesto dan Biar Putih Tulang + Bukan Cinta Biasa (MANIFESTO) serta Seri Puteh dan Tamparan Wanita +Papa Jahat+Seindah Biasa (OH CHENTAKU). Di pentas akhir ini Datuk Hattan menjadi juri jemputan selain juri tetap Jennifer Thompson dan Loque serta kumpulan XPDC sebagai artis jemputan untuk minggu terakhir ini.

IMG_3216

IMG_3238

IMG_3267

 manifestosmall OCKsmall kyotosmall kristalsmall estrangedsmall

versus lain2small


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *