Slot Bananana! TV9 membawakan anda sebuah drama bersiri terbaharu iaitu Destinasi G4 bermula 10 Januari ini. Destinasi G4 merupakan kisah empat anak muda kacak dan berbakat yang bercita-cita ingin memasuki sekolah seni persendirian yang berprestij iaitu Sekolah Seni Bintang. Azzam, Afeiq, Harris dan Daniel masing-masing mempunyai bakat tersendiri dan kekuatan dalam bidang nyanyian. Mereka hadir ke sesi ujibakat dengan matlamat tersendiri selain ingin membuktikan kemampuan mereka bergerak secara solo dalam bidang nyanyian. Read more →
Tag: tv9
(SUKAN) 3.3 JUTA TONTON SEPARUH AKHIR PIALA AFF SUZUKI 2014 DI TV9!
Sepanjang hampir sembilan tahun ditubuhkan, TV9 kini berjaya mendapat kedudukan pertama menerusi senarai program-program antara semua rangkaian televisyen di Malaysia menerusi program sukan. Piala AFF Suzuki 2014 yang menyaksikan Malaysia mln Vietnam berjaya meraih 3.3 juta penonton dan sekaligus melayakkan TV9 menduduki tempat pertama dan diikuti dengan slot Akasia: Bila Hati Berbicara. Read more →
(HIBURAN) RIDE KEMBALI SATUKAN SHARIFAH ARYANA DAN SYAFIE NASWIP
Jika lapan tahun lalu mereka digandingkan bersama dalam filem Mukhsin, kini menerusi TV9 gadis kecil molek Sharifah Aryana dan pelakon berbakat besar Syafie Naswip akhirnya kembali bekerja sama menerusi drama terbaru di slot Aurora iaitu Ride. Ride yang berkisarkan mengenai kehidupan sekumpulan remaja penuh konflik dan dunia basikal fixie adalah hasil terbitan Mermaid Studios dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Read more →
(SEMASA) RESIPI MENARIK DARI KOKO HANYA DALAM ‘KOKOLOG’
Apa kaitan di antara coklat, melancong dan membuat kerja amal? Jawapannya, tentulah KOKOLOG! Program terbaru terbitan Primeworks Studios untuk TV9 (saluran 119), ini menggandingkan tiga elemen yang seakan-akan tiada kaitan tetapi bakal menceriakan hujung minggu (Ahad), pada jam 10.00 pagi, mulai 2 Mac 2014 ini. Read more →
(HIBURAN) ‘Danial’ Juara Idola Kecil musim ke 6
Danial Cheur Bin Hamasiah atau lebih dikenali sebagai Danial telah dinobatkan sebagai juara IDOLA KECIL musim ke 6. DANIAL telah berjaya mengalahkan 4 lagi peserta akhir lain dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 diikuti pemenang di tempat kedua, Aby dan ketiga Dani. . DANIAL berjaya menghiburkan penonton dengan lagu baru berjudul MEMORI serta sebuah lagu pilihan ibu beliau iaitu WHEN I WAS YOUR MAN dendangan asal Bruno Mars. Read more →





