Industri perfileman dan drama di Malaysia kian maju dari masa ke semasa. Pelbagai aspek diambil kira untuk menghasilkan produk yang terbaik dan berkualiti. Begitu juga dengan Chain-FX Sdn Bhd, sebuah syarikat produksi yang menitik beratkan penghasilan kesan visual, kini telah menerbitkan sebuah drama bersiri terbaharu iaitu VEKTOR 58.
Drama bersiri berkonsepkan aksi fiksyen sains ini memaparkan tentang makhluk asing berbentuk robot sebagai watak utama. Vektor 58 akan mula disiarkan menerusi TV9 pada setiap Sabtu, jam 5.30 petang, bermula 14 Disember 2013. Read more →



Dengan tema berbunyi ‘5 Hari 4 Malam’, TV9 menyediakan sebanyak 30 program terbaik sepanjang bulan Syawal tidak lama lagi. Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin, memberitahu, program-program yang disediakan khas bagi penonton setia TV9 berbentuk pelbagai genre, bermula pada malam raya pertama iaitu pada 7 Ogos depan. Jelasnya, menerusi tema yang dipilih, TV9 akan menyiarkan pelbagai rancangan hiburan serta drama-drama terbaik malah turut menampilkan kolabrasi erat antara tv9 dan Hot FM di mana saluran radio popular itu akan mempromosikan program menarik sepanjang minggu pertama Raya ke udara antaranya seperti Geng Kampung Pisang, Hot TV Raya mahu pun program yang dilakonkan oleh juruhebahnya sendiri, Fara Fauzana dalam Mimpi Fara. 
