Pengendali Rangkaian Mudah Alih, XOX memperkenalkan promosi Pelan Data Prabayar XOX yang baru dengan harga lebih rendah untuk kuota lebih tinggi.
Pelan Data Prabayar terkini itu memberikan tawaran hebat dengan menawarkan pelan data berkelajuan tinggi tanpa menurunkan kelajuannya. Setiap pelanggan prabayar XOX yang baru akan menikmati pengesahan selama 28 bulan. Ini bermakna talian akan kekal aktif selama lebih 2 tahun walaupun tidak ditambah nilai.
Pengarah Urusan Kumpulan XOX Berhad, Datuk Eddie Chai memberitahu, syarikat memahami kebimbangan para pelanggan, terutama dalam persekitaran kewangan mencabar yang terpaksa mereka lalui sekarang.
“Sebagai satu jenama telekomunikasi yang prihatin, kami ingin membantu para pelanggan di Malaysia untuk mempunyai akses kepada internet mobil lebih laju pada harga yang mereka anggap berpatutan. Pasukan kami telah bekerja keras untuk mengubah suai pelan-pelan ini, di mana para pelanggan boleh menyaksikan penjimatan hebat pada setiap bulan. Para pelanggan kami kini boleh menikmati kuota lebih tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Datuk Eddie.
Pelan data prabayar yang sah selama sebulan adalah:
Pelan Data 1 | 1.5GB | RM28 |
Pelan Data 2 | 3GB | RM48 [was RM68] |
Pelan Data 3 | 4GB | RM58 [was RM98] |
Maklumat lanjut, sila layari laman web XOX (www.xox.com.my) dan laman Facebook (facebook.com/xoxmalaysia).