(SEMASA) KOLEKSI LEVI’S® COOLMAX® MUSIM BUNGA 2014 ALIRAN TERBARU

Spread the love

levis 1small

Menjelang musim bunga ini, Levi’s® akan melancarkan COOLMAX®, koleksi inovatif denim yang direka khusus bagi menampan kesan kehangatan cuaca panas terik.  Dengan  COOLMAX®, sesiapa jua, tidak kira di mana, berpeluang menggayakan pakaian denim dan non-denim sepanjang tahun, walau apa jua cuaca atau suhunya.

Direka khas dengan jalinan serat dingin COOLMAX® yang mengutamakan keselesaan, fabrik ini mampu menyelaraskan suhu badan dan juga  mengekalkan keseimbangan suhu dalam bahang musim panas. COOLMAX® juga menggalakkan pengaliran udara di samping memastikan keanjalan gerak-geri tubuh si pemakai.  Pastinya koleki ini amat sesuai untuk keadaan cuaca yang berubah-ubah.

Jeans Levi’s® COOLMAX® berteknologi tinggi ini akan merubah persepsi anda bahawa denim terlalu sarat, panas dan rimas untuk dipakai terutamanya ketika cuaca panas.

Levi’s® COOLMAX® bukan sahaja selesa malah tampak hebat bergaya. Koleksi Musim Bunga ’14 ini menampilkan gaya klasik lagi anggun seperti 511™ Slim, dengan ciri tambahan fresh wash yang sealiran dengan trend musim ini.

 

Penampilan Utama Levi’s® COOLMAX® 2014:

 

LELAKI

levis 3small 

NON-DENIM: Tidak ada yang lebih ‘cool’ dan bergaya daripada jeans Levi’s® 511™ slim cut yang boleh didapati dalam 3 warna – Washed Water Blue, Sand Bar dan Plaza Taupe. Dengan pilihan fabrik twill ringan Coolmax® untuk keselesaan optimum dalam cuaca panas, pastinya inilah jeans pilihan anda musim ini. Padankan dengan baju-T rona terang untuk kesan kontra yang menarik.  Harga sepasang RM259.

 

CLASSIC 5-POCKET JEANS: Boleh didapati dalam potongan 504 regular straight, 511 slim & 513 slim straight – padankan dengan baju-T putih untuk siang hari,  kemeja button-down warna gelap yang bercorak untuk sebelah malam. Dapatkan sepasang  pada harga RM299.

SHORTS: Seluar pendek masih kekal sebagai pilihan popular untuk musim bunga. Padankan sepasang 508 regular tapered denim shorts dan melangkah bergaya dengan baju-T ringkas – cara mudah untuk kelihatan santai tanpa mengabaikan keselesaan.  Harga sepasang RM169.

 

CLASSIC BUTTON-DOWN SHIRT: Tampak lebih ringkas dengan kemeja button-down bersaku tunggal, daripada campuran kain kapas lembut. Padankan dengan sepasang Levi’s® 511™ slim cut jeans untuk penampilan monokrom yang kemas. Harga lengan pendek RM169 dan lengan panjang RM189.

WANITA

 levis 2small

Jalinan serat dingin COOLMAX® merupakan denim yang sesuai untuk semua musim. Boleh didapati dalam 3 potongan – Skinny, Straight & Cropped, anda boleh memadankannya dengan blaus labuh dan aksesori bungkal. Bagi menyerlahkan lagi penampilan, gayakan dengan sepasang strappy stiletto berwarna terang. Harga sepasang RM279.

 

Koleksi COOLMAX® boleh didapati di kedai-kedai Levi’s® terpilih di seluruh negara bermula dari April 2014.

 

Kempen Levi’s® Keep Cool

Jangan lepaskan peluang bertemu dengan Levi’s® Keep Cool Cart – kenderaan unik mengandungi pelbagai kejutan yang akan menjelajah ke pusat beli-belah utama seluruh Malaysia antara April hingga Mei 2014.  Satu peraduan online juga akan dianjurkan selama 30 hari yang menawarkan hadiah berupa barangan jenama Levi’s® setiap hari.  Anda juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dengan hanya mengambil gambar di hadapan mana-mana kedai Levi’s® yang dihias dengan tema Keep Cool, dan lengkapkan ayat  “Keep Cool and ______”.

Untuk maklumat lanjut, layari www.levi.com.my atau laman Levi’s® Facebook di www.facebook.com/#!/Levis.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *