Category: Semasa

(SEMASA) Syria Care Sasar Hantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini

Shah Alam, 22 Oktober 2025 – Ketika suhu mula menurun menandakan ketibaan musim sejuk bakal tiba di Syria, Syria Care meneruskan komitmennya dalam misi kemanusiaan global dengan melancarkan kempen Winter Aid 13.0. Kempen ini menyasarkan bantuan kepada komuniti  rentan di Syria dan pelarian Syria di Lubnan yang bakal berdepan dengan musim sejuk yang semakin hampir, satu ujian yang bukan sahaja mengancam keselesaan tetapi juga nyawa jika tiada persediaan yang cukup. Read more →

(SEMASA) RAPIDO ANJUR SESI EKSKLUSIF MEDIA & PELUMBA MOTO3, SERTA PERKENAL INOVASI PRESTASI TERBAHARU

Putrajaya, Malaysia – 22 Oktober 2025 – Rapido Malaysia hari ini melakar satu lagi sejarah baharu apabila berjaya menganjurkan Sesi Eksklusif Media & Moto3 Riders di The Zenith Hotel, Putrajaya. Acara istimewa ini bukan sahaja menjadi platform pertemuan antara pihak media, pelumba antarabangsa dan komuniti permotoran tempatan, malah turut menandakan satu lagi pencapaian penting buat jenama tempatan berprestasi tinggi ini yang kini mengorak langkah ke pentas dunia melalui kerjasama bersama pasukan BOE Motorsports dalam Kejuaraan Dunia Moto3 2025. Read more →

(SEMASA) KESS Jayakan Solidariti “Malam Untukmu Gaza” Sempena Pembukaan Cawangan Baharu di Jengka

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2025 – Kedai Emas Sri Semantan (KESS) meneruskan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporatnya dengan menganjurkan sebuah program amal bertemakan “Malam Untukmu Gaza: Kilauan Semantan, Harapan Gaza” pada Jumaat, 24 Oktober ini di cawangan terbaharu KESS, Jengka, Pahang. Read more →

(SEMASA) VOGE SR3: GAYA MODEN, KUASA TEGUH DAN TEKNOLOGI PREMIUM DALAM SATU JENTERA.

JOHOR BAHRU, 19 OKTOBER 2025 – VOGE Malaysia kini telah memasuki pasaran skuter di Malaysia dengan memperkenalkan VOGE SR3 bersempena Majlis Pembukaan Mforce Best Shop Johor Bahru by Meng Soon Auto Sdn. Bhd. Dengan rekaan moden dan teknologi pintar, model ini tampil sebagai pilihan utama buat penunggang yang menginginkan prestasi berkuasa, keselesaan serta ciri keselamatan terkini dalam satu pakej eksklusif. Read more →

(SEMASA) WMOTO Nexy+180: SKUTER PREMIUM BERTEKNOLOGI TINGGI UNTUK PENUNGGANG MODEN

JOHOR BAHRU, 19 OKTOBER 2025 – Sempena Majlis Pembukaan Mforce Best Shop Johor Bahru by Meng Soon Auto Sdn. Bhd., WMOTO dengan bangganya memperkenalkan WMOTO Nexy+180, sebuah skuter premium berteknologi tinggi yang menggabungkan prestasi mantap, reka bentuk elegan serta ciri keselamatan terkini bagi penunggang moden. Read more →