Tag: Hairul Azreen

(HIBURAN) MALBATT Misi Bakara Filem Termahal Dalam Sejarah Bakal Mengangkat Perjuangan Wira Sebenar

Kuala Lumpur, 10 September 2022 – Ketika suasana perfileman tempatan negara semakin hangat sebuah Majlis Pelancaran dan Sidang Media Malbatt Misi Bakara telah diadakan di Berjaya Times Square Hotel. Buat kali pertama klip promosi filem ini dipertontonkan kepada rakan media dan barisan pelakon filem telah diperkenalkan. Satu sesi temubual diadakan bersama pengarah filem iaitu Adrian Teh dan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G. Read more →

(HIBURAN) Filem Gila – Gila Remaja 2 bernafas baru

523603_326327720774718_483625774_ngmoMasih ingatkah telatah ROY, REMY, KUZI, CHIN, DAN RAVI?? apabila mengurat wanita di perhentian bas yang akhirnya terbongkar rahsia apabila wanita yang dikacau mereka itu adalah cikgu baru di kolej mereka . Filem sensasi tersebut merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1985 dan diarahkan oleh Hussein Abu Hassan/Naga serta diterbitkan oleh Shah Film Productions. Filem yang mengisahkan seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga serta Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan “Gagak Hitam”. Jika pada tahun 1985, motif asal penerbitan filem itu adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat muda baru antaranya Faizal Hussein dan Rosham Nor, maka motif asal itu juga lah menjadi asas pembikinan semula filem Gila – Gila Remaja 2, cuma kelainan yang cuba ditonjolkan ialah jalan ceritanya tetapi mengekalkan  konsep filem untuk golongan remaja . Filem yang menelan belanja hampir RM1.4 juta ini mengambil masa 28 hari untuk disiapkan dan dibarisi oleh artis-artis generasi baru seperti  Hairul Azreen , Faralyna Idris, Hanis Kamal, Taiyuddin Bakar serta disokong oleh pelakon-pelakon berpengalaman seperti Fizz Fairuz dan Satiya disamping penampilan istimewa Faizal Hussein.  Filem ini adalah arahan Naga (F.D.A.M) yang telah menerbit sebanyak 20 filem Melayu termasuk Gila-Gila Remaja (1985). Filem Melayu lain arahannya ialah Ghazal untuk Rabiah, Getaran dan Iskandar. Filem ini akan mula ditayangkan pada 21 Mac 2013 di seluruh pawagan di seluruh negara. Read more →