(HIBURAN) ‘REMBAT’ MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA DAN SATU MALAYSIA

Poster Malay

Menyedari semangat cintakan negara semakin pupus terutamanya di kalangan remaja, tiga syarikat produksi terkemuka di Malaysia telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan filem sebagai platform untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat patriotik kepada semua lapisan masyarakat. Filem kolaborasi antara Grand Brilliance, Red Films dan Marna Films ini boleh dijadikan contoh untuk semua bahawa kelpebagaian kaum adalah sesuatu yang unik dan harus dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Filem arahan Shamyl Othman, nama yang tidak asing dalam dunia perfileman, akan menemui penonton-penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 8 Oktober 2015.

IMG_7016

Shamyl Othman, seorang pengarah muda yang mengikut jejak ayahanda beliau, pengarah terkenal Othman Hafsham, mula menjinakkan diri dalam dunia penyiaran setelah beliau menamatkan pengajian di Victorian College of the Arts, Melbourne, Australia. Memulakan karier dengan mengarah program televisyen, beliau kemudian mengambil langkah yang lebih besar apabila diberi peluang untuk mengarah filem pertama beliau iaitu ‘Kami Histeria’ pada tahun 2013. Filem ‘Rembat’ merupakan filem kedua arahan beliau.

IMG_1489

Filem ‘Rembat’ menceritakan tentang dua sahabat baik, Malik (Shaheizy Sam) dan Chin Chye (Aniu), dalam sebuah pengembaraan yang penuh aksi dan unsur komedi yang amat sinonim dengan budaya rakyat Malaysia. Mereka melarikan diri ke selatan tanah air untuk melarikan diri setelah terperangkap dalam sebuah pertaruhan perlawanan akhir bola sepak Malaysia menentang Thailand yang telah diatur oleh sekumpulan ah long. Pengembaraan mereka untuk melepaskan diri daripada “ah long” ditimpa pelbagai dugaan dan berubah menjadi pengembaraan yang penuh dengan aksi lucu apabila mereka bertemu dengan pelbagai karektor lain yang dilakonkan oleh pelawak terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Sherry Alhadad dan lain-lain. Penglibatan Zizan Razak dan Sherry Alhadad dalam filem ini dilihat sebagai penyeri yang akan menghiburkan penonton-penonton dengan aksi lucu mereka yang spontan dan mengelikan hati. Bintang popular Zara Zya turut beraksi dalam filem ini sebagai Azira, kekasih Malik yang juga diminati oleh Rosman, watak yang dilakonkan oleh Arja Lee.

IMG_1857-2

Julung kali digabungkan dalam filem, dua nama besar dalam dunia seni, Shaheizy Sam dan penghibur antarabangsa, Aniu, dilihat sebagai faktor utama yang bakal menarik minat penonton dari pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat untuk menonton filem ini. Shaheizy Sam, nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni, memulakan karier dalam dunia lakonan seawal 12 tahun apabila membintangi filem ‘Sama Tapi Tak Serupa’. Industri seni Malaysia mula mengiktiraf bakat beliau apabila beliau berjaya membawa watak Acai dalam filem ‘Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam’ sehingga terpilih menjadi calon untuk Festival Filem Malaysia yang ke 22. Beliau juga telah memenangi anugerah Bintang Paling Popular anjuran Berita Harian dua kali berturut-turut untuk tahun 2013 dan 2014.

IMG_7622

Berlainan pula dengan Tan Kheng Seong, atau lebih dikenali dengan nama Aniu, beliau memulakan karier seni sebagai seorang penyanyi sebelum menceburkan diri dalam dunia lakonan. Selain Malaysia, Aniu berjaya membina populariti di negara-negara jiran termasuk Singapura, Taiwan, China dan juga Hong Kong. Bakat lakonan beliau mula mendapat perhatian peminat filem apabila beliau berlakon disamping artis antarabangsa Aaron Kwok dalam filem ‘Para Para Sakura’ pada tahun 2001.

IMG_7167

Mengulas tentang kolaborasi antara tiga syarikat produksi untuk menghasilkan filem ini, Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance menyifatkan kolaborasi ini sebagai langkah yang bijak setelah kolaborasi sebelum ini bersama Red Films telah menghasilkan filem-filem berkualiti seperti ‘Songlap’ dan ‘Istanbul Aku Datang’. Dua syarikat produksi ini mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan Marna Films setelah menyedari mereka berkongsi matlamat yang sama untuk menghasilkan filem ‘Rembat’. Bagi Azrul Reza, Ketua Pegawai Operasi Marna Films, ‘Rembat’ menampilkan identiti sebenar rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Komedi yang dipaparkan juga mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat dan memberi peringatan kepada penonton tentang kepentingan semangat setia kawan.

IMG_6916

Bagi Lina Tan, penerbit filem dari Red Films, gabungan Shaheizy Sam dan Aniu merupakan gabungan yang tepat kerana kedua mereka merupakan pelakon yang mantap dan mempunyai kumpulan peminat tersendiri.

Pengarah Shamyl Othman menyifatkan ‘Rembat’ sebagai komedi tentang kepelbagaian kaum dan budaya rakyat Malaysia yang harus dibanggakan. Selain daripada menerapkan semangat cintakan negara, filem yang penuh aksi dan kisah lucu ini juga sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.

IMG_2113

Berita baik bagi semua peminat filem tanah air, mereka boleh memenangi tiket ke Malam Gala Rembat apabila mereka menjamu selera di restoren terkemuka Bubba Gump Shrimp Co. Bermula pada 15 September sehingga 4 Oktober 2015, setiap pengunjung yang membelanjakan lebih dari RM150 dalam sebuah resit akan berpeluang memenangi 2 tiket ke Malam Gala Rembat yang akan diadakan pada 6 Oktober 2015! Peminat filem tanah air boleh berkunjung ke restoren Bubba Gump Shrimp Co. yang terletak di Citta Mall, E@Curve dan juga di Sunway Pyramid. Tertakluk pada terma dan syarat.

IMG_2070

Bagi mereka yang masih merancang aktiviti hujung minggu, pastikan anda semua bawa seisi keluarga untuk menonton filem ‘Rembat’ di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 8 Oktober 2015!

Informasi dan gambar-gambar dari filem Rembat boleh didapati di laman web www.facebook.com/RembatMovie

IMG_2004

SINOPSIS

 

MALIK dan CHIN CHYE berlari mengejar masa untuk ke peringkat akhir perlawanan bola sepak yang akan berlangsung dalam masa dua hari lagi kerana Chin Chye telah berjanji dengan AH LOONG untuk memberi rasuah kepada pasukan Malaysia agar mereka kalah dalam perlawanan di antara Malaysia dan Thailand. Walaupun Malik tidak mahu melibatkan diri dengan perjanjian ini kerana dia peminat setia Harimau Malaya, dia terpaksa mengikut Chin Chye kerana ingin menghalang ROSMAN dari mencuri kekasihnya AZIRA, yang memerlukan wang untuk pembedahan neneknya.

Oleh kerana kesuntukkan masa dan duit, Chin Chye dan Malik berjumpa dengan M.R. BABY, untuk mendapatkan pinjaman wang. Masalahnya M.R. Baby pula naik marah apabila mendengar rancangan mereka untuk memberi rasuah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana M.R. Baby bertaruh untuk Malaysia agar menang.

Pengembaraan mereka untuk melepaskan diri daripada Ah Long dan M.R Baby ditimpa pelbagai dugaan dan berubah menjadi pengembaraan yang penuh dengan aksi lucu apabila mereka bertemu dengan pelbagai watak lain seperti seorang pemandu teksi hantu, hantu Jepun dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *