(SEMASA) Art Of Speed Tour PENANG 2015 – Klasik VS Kustom persona pengunjung utara

 

 AOS-PENANG-090

Art of Speed Malaysia telah membuat lawatan kali kedua ke Pulau Pinang atas jemputan penganjur FIM Asia Supermoto Championship 2015 yang melangsungkan pusingan perlumbaan 5 & 6 pada 21 & 22 November.

AOS-PENANG-0508

Acara ini berlangsung di Perda City Mall di Seberang Perai dan menarik ramai pengunjung dari Pulau Pinang, Kedah Perlis, Ipoh dan juga Johor.

AOS-PENANG-0153

Art of Speed Malaysia Tour Penang 2015, telah mengumpul lebih daripada enam puluh kereta kustom dan klasik, lebih daripada empat puluh motosikal dan seleksi istimewa basikal lowrider.

AOS-PENANG-0288

Acara ini juga menyelitkan galeri seninya yang diadakan di dalam dewan tertutup berhawa dingin dengan artis tempatan Kustom Kulture dari Kuala Lumpur iaitu; Dhwan Design House dan Win Motor Art. Acara ini juga turut dimeriahkan dengan penyertaan vendor-vendor vintaj yang menjual barangan antik dan memorabilia automotif.

AOS-PENANG-055

Penghibur tempatan dari Pulau Pinang seperti The Island kumpulan musik reggae dan artis hip-hop Nawi tampil menghibur pengunjung di atas pentas utama walaupun cuaca hujan renyai-renyai pada lewat petang.

AOS-PENANG-0467

Acara dua hari diakhiri dengan penyampaian anugerah kepada semua pelumba antarabangsa dan juga untuk kategori Show & Shine Art of Speed Tour Penang.

AOS-PENANG-054

“Kami amat teruja untuk berada di sini di Pulau Pinang buat kali kedua dan terima kasih kepada FIM Asia kerana menjadi hos. Kami berbesar hati mengumumkan bahawa acara kami yang kelima iaitu 5th Annual Classic & Kustom Show, Art of Speed Malaysia akan datang pada 28 & 29 Mei 2016 dan berharap semoga anda semua dapat hadir nanti di MAEPS Serdang!,” kata Asep Ahmad ketika ditemui semasa acara ini berlangsung.

Senarai Pemenang Show & Shine Art of Speed Tour Penang 2015:

Best of Show Automobile

Pemenang : Farhan Rashidi

Kenderaan: 1974 Volkswagen Super Beetle Cabriolet

Best of Show Motorcycle

Pemenang : Chin Jeng Wey

Kenderaan : 1951 Matchless

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kategori Kereta

  1. Best Car Club – Penang Volkswagen Owners Club (PVOC)
  2. Best Biggest Car Club – Bimmer Utara
  3. Best Paint – Jasny Mohd
  4. Best Wheels – Khairul Syakirin

Kategori Motosikal

  1. Best of Modified Harley-Davidson inc. Sportster, Pro Street & Bagger – SYK Kg. Paloh
  2. Best of Chopper – Mohd Ashadi Md Fadzil
  3. Best of Bobber – Soul Rider Garage
  4. Best of Café Racer – Rusty Factory
  5. Best of Jap Style & Tracker – Mohd Irwan Md Aziz
  6. Best of Street Cub & Choppy – Wan Mohd Ariff Wan Othman
  7. Best of Radical Streetcub & Ruckus – Sabil Garage
  8. Best of Restored Retro Japanese – Isacc Lee
  9. Best of Restored Classic Scooter – Ahmad Hazwan
  10. Best of Classic – Abd Kadir Shafii

Kategori Basikal Lowrider

  1. Best of 12”, 16” & 20” wheel lowrider – Nur Sirajuddin
  2. Best of 24”, 26” & open wheel lowrider & limousine – Mohamad Zahin Nor Zaharin

Acara ini berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang pada 2 hari tersebut. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di http://www.artofspeedmy.com  atau laman Facebook mereka, Art of Speed ​​Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *