(SEMASA) BRAND’S® menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak istimewa yang berbakat dalam bidang muzik dan seni

Spread the love

IMG_4585

Jika dahulu Mozart atau Chopin terlalu miskin hingga menyebabkan bakat mereka tidak dapat dicungkil dari usia muda, mungkin duina hari ini tidak memiliki muzik indah yang sedang kita nikmati kini. Bagaimana pula dengan yang lain yang terlepas dari perhatian dunia kerana mereka terlalu miskin untuk dikenali?

Selain memberi kesegaran tubuh dan minda dengan kebaikan nutrisinya, BRAND’S® Sari Pati Ayam kini merangsang jiwa anak muda yang sukakan muzik melalui jalinan kerjasama dengan ChildAid Asia, satu organisasi yang bukan berasaskan keuntungan serantau yang menyediakan peluang kepada kanak-kanak berbakat dari latar belakang ekonomi yang kurang bernasib baik, bagi membangunkan potensi seni mereka.

Bermula dari bulan Julai hingga September 2016, BRAND’S® akan menganjurkan kaunter jualan bergerak di beberapa bangunan pejabat di seluruh daerah Lembah Klang, di mana pekerja pejabat boleh membeli sebotol BRAND’S® Sari Pati Ayam dengan harga hanya RM5. Bagi setiap botol yang diminum segera di situ sepanjang tiga bulan ini, 50 sen akan didermakan kepada ChildAid Asia.

“Terdapat ramai kanak-kanak yang memiliki bakat dalam bidang muzik yang tidak dapat mengembangkan bakat mereka disebabkan oleh kesulitan kewangan di seluruh Asia, termasuklah di Malaysia. Dengan menyumbang kepada ChildAid Asia, kami berharap peluang dapat diberikan kepada mereka untuk merealisasikan impian seni mereka. Siapa tahu, mungkin suatu hari nanti mereka bakal menjadi ahli muzik tersohor dunia,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Encik Koh Joo Siang.

“Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan ChildAid Asia memandangkan BRAND’S® turut mengenal pasti bahawa terdapat banyak daya tumpuan mental yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang muzik bersama dengan latihan yang berterusan selama berjam-jam lamanya, yang boleh mendatangkan tekanan dan meletihkan fizikal,” jelas Koh.

BRAND’S® Sari Pati Ayam dapat membantu memperkasakan minda dan tubuh bagi mempertingkatkan prestasi mental, terutamanya pada waktu-waktu yang penting dengan mengatasi keletihan dan mengekalkan daya tumpuan seseorang. Makanan tambahan semula jadi yang sesuai untuk semua usia ini tidak mengandungi garam tambahan selain ianya bebas kolesterol dan lemak.

Disokong oleh lebih 40 kertas saintifik antarabangsa dan kajian klinikal, BRAND’S® Sari Pati Ayam adalah satu-satunya jenama pati ayam yang terbukti secara klinikal dalam pasaran. Sari pati ayam yang diminum setiap hari ini mampu mempertingkatkan daya ingatan sehingga 15%, meningkatkan daya tumpuan sebanyak 22%, dan menambahkan metabolisme sehingga 16%.

Kajian klinikal menunjukkan bahawa dengan meminum BRAND’S® Sari Pati Ayam secara kerap dapat memperbaiki prestasi mental dan fizikal seseorang dengan ketara di samping menghindarkan tekanan – ini menjadikannya gandingan yang sempurna untuk golongan pekerja profesional.

Ini dapat dicapai dengan mengurangkan kegusaran serta keletihan mental dan fizikal kerana ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah dan aliran oksigen ke seluruh tubuh dan otak, terutama di bahagian korteks prefrontal pada otak yang mengawal fungsi eksekutif seperti daya tumpuan, ingatan kerja, daya membuat keputusan dan penyelesaian masalah, sekali gus membolehkan seseorang itu kekal peka dan fokus bagi menyelesaikan tugasan harian.

Mereka yang memerlukan rangsangan fizikal dan mental tambahan boleh mencari kaunter jualan bergerak di pejabat BRAND’S® bagi membeli BRAND’S® Sari Pati Ayam secara botol berasingan, atau berkunjung ke kedai ubat Cina, farmasi atau pun pasar raya di seluruh negara bagi membeli pek biasa untuk pengambilan harian.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *