(SEMASA) INNERSHINE® MENAWARKAN PAKEJ PERCUTIAN MENARIK KE KEPULAUAN INDAH

Spread the love

InnerShine Prune Essence with Camu Camu copy

Serlahkan diri anda dengan kulit yang berseri dan mata yang sihat bersinar dengan pelbagai minuman kecantikan intipati buah-buahan semula jadi dari InnerShine® sambil berpeluang untuk menikmati keindahan senja di Pulau Bali yang mempersonakan atau lagenda di Pulau Langkawi yang penuh mistik.

Dengan membeli produk InnerShine® di mana-mana cawangan MYDIN, anda layak untuk mengambil bahagian dalam Peraduan Cuti-Cuti InnerShine® dan berpeluang untuk memenangi pakej percutian ke salah satu destinasi tersebut. Peraduan ini akan berakhir pada 31 Disember 2014.

Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah dan lengkapkan borang penyertaan, kemudian hantarkannya kepada pihak Cerebos dengan menyertakan resit asal sebagai bukti pembelian. Hadiah Utama merupakan pakej percutian 3 Hari 2 Malam untuk 2 orang ke Pulau Bali dan Hadiah Pertama pula ialah pakej percutian untuk 2 orang ke Pulau Langkawi.

 VetaBERRY 42x6FA

Di samping itu, 10 buah hamper InnerShine® bernilai RM200 setiap satu turut disediakan untuk pemenang hadiah tempat kedua. 100 pemenang hadiah saguhati akan menerima produk InnerShine® serta baucar tunai daripada MYDIN.

Tidak kiralah sama ada anda memilih produk InnerShine® dengan kombinasi buah prun dan  camu-camu yang mujarab atau campuran buah beri bertaraf premium, bersedialah untuk kelihatan hebat sepanjang percutian idaman anda nanti.

InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu dapat membuang toksin daripada badan untuk meningkatkan tahap kesihatan serta mencantikkan kulit.

Pengambilan sekali sehari InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu yang dirumus khas daripada buah prun yang premium dari California dengan tambahan Maltodekstrin Resistan, sejenis larutan serat makanan yang berkhasiat, akan membantu melancarkan sistem penghadaman secara semula jadi. Ia juga kaya dengan Vitamin C yang mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang tinggi.

Dengan ramuan tujuh jenis buah beri premium yang enak lagi berkhasiat, zat makanan dan ciri anti-oksidan, InnerShine® Pati Beri akan menyegar dan melindungi mata anda. Keindahan alam terserlah dengan penglihatan yang tajam lagi bersinar-sinar!

Untuk maklumat mengenai produk atau peraduan InnerShine®, sila hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan di 1300 228 300, atau layari laman web www.innershine.com.my atau laman Facebook InnerShine Club.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *