(SEMASA) JABRA LANCAR JABRA BOOST Set Alat Pendengaran Bluetooth Jabra yang Berbateri Hayat Panjang

Spread the love

Jabra_Boost_Packaging_NA_APAC

Jabra, jenama Bluetooth wayarles pemenang anugerah dan terunggul di dunia kini melancarkan produk terkininya, Jabra Boost. Set alat pendengaran Bluetooth mudah diguna pakai dengan bateri yang berhayat panjang.

Screen Shot 2015-03-19 at 10.57.48 AM

Berkeupayaan tinggi, senang diguna, bergaya dengan prestasi audio yang mantap, produk ini nyata amat berbaloi hanya pada harga RM179.

Menerusi gabungan teknologi Jabra dan gaya rekaan Scandinavia terbaik, Jabra Boost membolehkan pengguna berbual sepanjang hari dengan tempoh bual sehingga 9 jam tanpa gangguan bateri. Saiznya kecil, nipis dan ternyata berkeupayaan tinggi.

Power Nap Jabra Boost Memastikan Anda Bersedia Berbualan

Dilengkapi fungsi Power Nap, pengguna dapat menikmati tempoh siap sedia sehingga setahun kerana Jabra Boost mampu menjimatkan kuasa bateri untuk digunakan pada saat-saat penting.

Jabra Boost telah direka untuk beroperasi secara bijak dan tanpa gangguan. Jika anda terlupa untuk mematikan set alat pendengaran dan kebetulan peranti anda telah terputus sambungan daripada telefon anda selama sejam, Jabra Boost akan terus mengaktifkan fungsi Power Nap dan mematikannya dengan serta-merta.

Bagi ‘membangunkan’ Jabra Boost semula, anda hanya perlu mengetik butang jawab/tamat sebanyak dua kali.

Fungsi Panduan Suara – Mudah dan Tidak Leceh

Bagi mereka yang baru menggunakan set alat pendengaran Bluetooth, Jabra Boost kini tampil dengan ciri panduan suara bagi memudahkan proses pemadanan peranti dilakukan secara berpandu serta memaklumkan tentang status sambungan dan bateri.

Menerusi kemudahan fungsi suara ini, anda juga boleh memilih bahasa kegemaran anda. Butang kawalan volum dan On/Off slider khas yang bersifat intuitif pula memudahkan set alat pendengaran ini beroperasi dengan lancar agar anda tidak terlepas sebarang panggilan. Fungsi suara ini hadir dalam pelbagai bahasa – Bahasa Inggeris, Cina, Jepun, Rusia, Perancis, Jerman dan Itali.

Mengaktifkan Siri/Google Now dengan Serta-Merta

Hanya dengan satu sentuhan pada butang khas,Jabra Boost baharu ini akan terus mengaktifkan dan masuk ke Siri atau Google Now menerusi telefon pintar anda.

Menerusi kemudahan Siri atau Google Now, proses pencarian maklumat, mengatur acara tahunan, mendengar muzik mahupun mencari arah kini bertambah mudah. Malah, anda juga boleh meninggalkan telefon pintar anda di dalam poket!

Keselesaan Optimum dengan Tiga Pilihan Warna Menarik

Tahan lama dan nipis, Jabra Boost ini juga memastikan anda boleh memakainya dengan selesa. Rekaan EarGelsTM yang ergonomik juga membuatkan anda tidak sedar sedang menggunakan Jabra Boost. Produk terkini ini hadir dalam tiga pilihan warna elegan iaitu Hitam, Putih dan Emas.

Jabra Boost boleh didapati di semua ejen pengedar rasmi Jabra di seluruh negara seperti IT Hypermarket Sdn Bhd, epiCentre, Machines, Radioshack dan Viewnet Computer Systems pada harga RM179.

Untuk maklumat lanjut dan status produk, sila layari laman web http://my.jabra.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *