(SEMASA) “PROMOSI WOW” DI KEDAI AYAMAS SEPANJANG BULAN OKTOBER!

Spread the love

 

Petaling Jaya, 11 Oktober 2017 – Kedai Ayamas baru-baru ini melancarkan “Promosi Wow” yang menawarkan pemberian produk Ayamas Kitchen secara percuma apabila pelanggan membeli seekor ayam panggang Roaster (pilih dari Golden/Pepper/Percik) berharga RM23.50.

Dengan slogan “Setiap hari Istimewa di Kedai Ayamas”, promosi yang dijalankan sepanjang bulan Oktober ini memberi peluang kepada para pelanggan untuk mendapatkan barangan percuma dari rangkaian produk Ayamas Kitchen setiap hari apabila mereka membeli seekor ayam panggang Roasters kegemaran mereka!

Antara produk Ayamas Kitchen yang ditawarkan secara percuma adalah Pati Ayam setiap hari Isnin, Pek Rempah Ratus setiap hari Selasa, Sos Rendang paket pada hari Rabu, Santan Kotak KARA setiap hari Khamis, Pes Kurma setiap Jumaat, Rempah Perapan setiap Sabtu dan Pes Masak Merah setiap Ahad.

Pengiklanan dan pemasaran “Promosi Wow” merangkumi pemasangan  poster dalam kedai dan juga secara online melalui pelbagai platform media sosial terutamanya di Facebook untuk liputan yang lebih meluas kepada pelanggan.

“Promosi Wow” kini berlangsung di semua cawangan Kedai Ayamas di negara ini untuk tempoh yang terhad, iaitu sepanjang bulan Oktober 2017.*

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari www.kedaiayamas.com.my atau log masuk ke Ayamas Roasters Facebook Page.

*sementara stok masih ada, bergantung kepada terma dan syarat


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *