Tag: anjur

(SEMASA) YAYASAN PRIHATIN NASIONAL ANJUR ‘IKON’ WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MEMBENTUK SISWA MADANI

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2023 — Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bank Rakyat telah menganjurkan Program Townhall Ikon Nasional Peringkat Wilayah Persekutuan. Majlis yang dihadiri oleh seramai lebih 800 pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada University College MAIWP Intemational (UCMI), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). Program bermula dengan sesi Townhall Ikon Nasional bersama Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dalam slot “Membentuk Siswa Madani – Mahasiswa Sebagai Pemimpin Masa Hadapan”. Turut diadakan sesi pemberian bantuan awal pendidikan seperti bantuan tunai, komputer riba dan beg keperluan asas ke Menara Gading kepada seramai 850 pelajar yang layak. Majlis Perasmian Townhall Ikon Nasional ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Enwal Agama) di Dewan Tun Syed Nasir UKM, Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Read more →

(SEMASA) TOHTONKU anjur Super Brand Day pertama di Shopee

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2019 – Tohtonku Sdn Bhd memulakan perniagaan pada 1964 di mana produknya dijual dari pintu ke pintu oleh pasukan jualannya. Meskipun ramai antara kita yang mungkin tidak berminat dengan kerja menekan loceng pintu dari rumah ke rumah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, konsep jualan itu terbukti berjaya. Disertakan dengan pengiklanan yang berkesan, tidak lama kemudian pelabur-pelabur antarabangsa mula datang mengetuk pintunya, dengan niat untuk meluaskan perniagaan ke pasaran Malaysia.

Read more →

(SEMASA) NTV7 anjur acara khas buat para ibu sempena kempen Will & Kate and The Royal Baby

WILL AND KATE AND THE ROYAL BABY FINAL LOGO

Tanggal 12 Mei lalu seluruh dunia mengalu-alukan kehadiran Hari Ibu bagi meraikan golongan insan istimewa ini. Pelbagai cara sambutan diadakan daripada memasak hidangan menarik sehinggalah menghadiahkan pemberian istimewa kepada golongan ibu tersayang. Namun pengorbanan seorang ibu bukan sahaja harus diingati pada hari-hari tertentu sahaja kerana mereka selayaknya diraikan setiap hari kerana pengorbanan mereka dalam melahirkan, membesarkan dan sentiasa mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak-anak. Lantas, ntv7 mengambil inisiatif mengadakan sebuah acara istimewa buat kaum wanita yang bakal bergelar ibu dan menimang cahaya mata yang dinamakan “Bella Bundle of Joy”. Read more →