Tag: BAGI MEMBENTUK

(SEMASA) YAYASAN PRIHATIN NASIONAL ANJUR ‘IKON’ WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MEMBENTUK SISWA MADANI

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2023 — Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bank Rakyat telah menganjurkan Program Townhall Ikon Nasional Peringkat Wilayah Persekutuan. Majlis yang dihadiri oleh seramai lebih 800 pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada University College MAIWP Intemational (UCMI), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). Program bermula dengan sesi Townhall Ikon Nasional bersama Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dalam slot “Membentuk Siswa Madani – Mahasiswa Sebagai Pemimpin Masa Hadapan”. Turut diadakan sesi pemberian bantuan awal pendidikan seperti bantuan tunai, komputer riba dan beg keperluan asas ke Menara Gading kepada seramai 850 pelajar yang layak. Majlis Perasmian Townhall Ikon Nasional ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Enwal Agama) di Dewan Tun Syed Nasir UKM, Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Read more →